PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Jumaat, 29 April 2011

'Sayangku Merajuk Part 1'

Bagaikan tidak percaya. Berkali-kali Aireen pejam celikkan mata. Namun pandangannya tetap tidak berubah. Dia pandang lagi. Tenung. Lama. Ditenyeh mata beberapa kali. Fuhhh kiri... fuhhh kanan. Tengok lagi. Memang sah! Wajahnya tetap sama walaupun lima tahun tidak berjumpa. Oh... tidakkk!

Dadanya yang bergelora kian berombak. Semakin tidak keruan. Bertambah kacau! Marah, geram, sakit hati. Bagaikan ramuan yang akan membuatkan dia meletup tidak lama lagi.

Mesranya dia sedang menjamu selera di Restoran McDonalds dengan orang tersayang. Laura! Ya... tentu wanita jelita yang manis bertudung biru jernih yang sedang bersama Shahir itu adalah Laura. Cantik!

“Patutlah Shahir tinggalkan aku...” gumam Aireen. Dia sedang membuat kesimpulan sendiri. Mulutnya herot kiri kanan. Menahan rasa hati yang sedang sakit dan pedih.

Terasa dirinya begitu kerdil. Laura terlalu cantik jika dibandingkan dengan dirinya. Wanita itu punya segala-galanya yang dia tidak miliki. Dan yang paling penting tentu sahaja restu daripada ibu Shahir sendiri.

Aireen hanya mampu gigit bibir memandang kejelitaan wanita yang menjadi saingannya. Pasti mana-mana lelaki pun akan memuja kecantikan ciptaan TUHAN itu. Dan, Shahir juga pasti sudah jatuh hati.

Siapalah dia kalau nak dibandingkan. Memang dia manis. Apalagi dengan gigi taring yang berlapis dan lesung pipit dalam yang terukir setiap kali dia tersenyum. Tetapi, bila melihat Laura dengan mata kepala sendiri, dia berasa rendah diri. Tidak mungkin dia mampu menandingi apa yang gadis itu miliki. Cukup sempurna!

Paling meremukkan hatinya apabila melihat kemesraan mereka berdua. Bersenda gurau dan bergelak ketawa bagaikan merpati dua sejoli. Sayangnya kebahagiaan itu dibina daripada air mata darahnya saban hari.

Tekak Aireen terasa pahit dan perit hingga dia berasa sukar mahu bernafas. Bagaikan bernafas dalam air kala itu. Kalau terus dipandang, boleh lemas akhirnya. Betapa remuknya hati. Dadanya turun naik dengan pantas. Hanya TUHAN yang tahu betapa jiwanya sedang terseksa.

“Ya ALLAH, Ya TUHANku... berikanlah hambu-MU ini kekuatan untuk bersabar dan bertahan dengan apa sahaja dugaan,” rintih Aireen dengan fikiran yang bimbang. Dia takut tidak mampu berdepan dengan situasi ini.

Satu-satunya lelaki yang pernah dicintai kini berada di depan mata. Perlukah aku pergi menyapa... bertanya khabar atau memeluknya? Grrr... tentu sekali tidak. Kenapa? Sebab cinta aku pada Shahir hanya tinggal sejarah hitam. Hanya tinggal kubur dan batu nisan.

Kini, perasaan cinta yang pernah bertapa di dalam hatinya suatu waktu dulu sudah terlalu asing. Segalanya sudah hilang ditelan penderitaan yang terpaksa digalas hari demi hari.

Yang ada hanya rasa kecewa dan rasa dikhianati. Marah tidak usah ditanya. Barangkali aku perlu hadiahkan sahaja penampar kepada Shahir. Atau paling tidak pun, biar diketuk kepala lelaki itu dengan kasut tumit tiga inci jenama Bonia yang tersarung kemas di kakinya.

Biar hatinya rasa puas! Mungkin tindakan itu dapat membalas segala penderitaan yang terpaksa diharunginya selama ini. Dapat mengembalikan semula keyakinan yang hampir lebur setelah hati dan perasaannya diperkotak-katikkan sekian lama.

Tapi untuk apa? Semua itu tidak dapat melenyapkan derita yang sakit berbekas di hatinya. Sampai bila-bila pun tidak akan ada ubat yang dapat menyembuhkan parut yang sudah ditoreh.

Bertemu dan berdepan semula dengan lelaki itu hanya membangkitkan luka lama. Parut yang tinggal tentu akan berdenyut kembali. Berdarah. Dan dia juga yang akan terus terseksa.

Aireen tertunduk. Merenung lantai dengan hati yang hiba dan rawan. Suasana hingar-bingar di Subang Parade seolah-olah hilang dan sunyi daripada pandangannya. Dia bagaikan berada dalam dunianya sendiri.

Terasa pergerakan waktu begitu lambat. Dia pejam mata. Panas. Mahu sahaja dia menangis di situ. Tidak! Bukan menangis... tapi rasa mahu meraung! Meluahkan apa yang sarat berbuku-buku di dalam dadanya.

Kenapa pada saat aku sudah belajar untuk melupakan kisah lalu, pertemuan yang tidak di duga ini harus berlaku? Ah, tak sepatutnya dia datang ke sini hari ni. Kalau tidak semua ini pasti tak akan terjadi! omelnya geram dengan gigi sengaja diketap kuat.

Dia harus lupakan kisah lalu. Berpaling dan pergi. Saat itu juga tubuhnya dipusing 180 darjah. Biarkan lelaki itu terus menjadi kenangan.

“Aireen...”

Baru sahaja dia ingin memulakan langkah ke arah Fyra dan Drya yang masih leka bermain, kedengaran namanya dilaung dari jauh.

Jantungnya berdebar kencang. Terasa nafasnya putus-putus. Suara itu... oh TUHAN... tidak mungkin dia dapat melupakan suara yang dulunya kedengaran begitu manis dan romantis. Dia telan liur. Gugup!

Aku tertawan kerana suara itu. Aku tergoda kerana bisikan-bisikan romantis yang pernah diucapkan dengan kalimah yang cukup indah.

“Aireen...”

Aireen buka mata perlahan-lahan. Dia sedar, sudah terlambat untuk dia melarikan diri. Sudah terlambat untuk dia mengelak daripada berdepan dengan Shahir. Lelaki itu sedang menghampirinya.

Dia menarik nafas panjang, lalu dihela perlahan-lahan. Matanya dipejam semula untuk mencari kekuatan agar dia tidak karam dengan air mata di hadapan lelaki itu. Biar sukar sekalipun, dia tidak mahu nampak lemah.

Kuatkan semangat Aireen... jangan terlalu mudah menyerah kalah. Mungkin inilah masanya untuk membalas semua sakit hati yang dia pernah tinggalkan. Biar dia sedar! Suara hatinya berbisik.

“Aireen...” Sudah tiga kali namanya diseru.

Ah, mungkin dia tersalah orang. Di hadapannya sekarang bukan Shahir, tetapi pelanduk dua serupa. Mereka hanya dua insan berbeza tetapi mempunyai wajah yang mirip benar dengan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya.

Atau lelaki itu yang tersilap orang. Nama gadis yang dicarinya mungkin sahaja serupa dengannya, tapi dia sebenarnya sedang mencari orang lain. Ya! Hanya nama mereka sahaja yang sama. Huh! Logik ke tu? Akalnya mencerna sendiri.

Atau dia perlu berlakon? Berpura-pura menjadi orang lain agar Shahir tertipu. Dia bukan Aireen. Dia bukan wanita yang lelaki itu kenali. Dia hanya seorang gadis asing dan mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.

Dia sempat berdoa. Biar semua ini hanya satu mimpi ngeri yang akan berakhir tidak lama lagi. Matanya dipejam rapat. Harapannya apabila terjaga nanti, semua itu akan lenyap... amin. Tangan diraup ke muka.

'Sayangku Merajuk'

hye...
erm...juz nak citer yg ak dah berjaya habiskan novel nie ( bangganye....heeee)
bez giler citer nie..
ada unsur romantik dan kekeluargaan...
rugi kepada sesiapa yg x baca novel terbaru nie..
keluaran 25 April 2011 oleh penulis AYU EMELDA....
baru lagi tu...

kenapa sayangku merajuk?
~ sebab tajuk tu catchy, senang nak ingat dan mmg menepati jln cerita...

kenapa sayangku merajuk?
~ sebab citenya berkisar tentang perasaan seorg isteri yg sdg merajuk...

~ kadang-kala x diluahkan dgn kata2... tp dgn perlakuan...
- bila muncung asyik panjang ke depan...
- bila jelingannya cukup tajam menikam...
- bila si dia lebih suka guna bhs isyarat ketika berkomunikasi...
- bila suaranya cukup mahal, sudah jadi spt org bisu...
(pasti wanita2 di luar sana lebih arif)

kenapa sayangku merajuk?
kena baca dan dptkan sendiri jawapannya... (^___^)

jom tgk sinopsis...


Sinopsis
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?

nak tahu lebih lanjut?
sila hubungi sy untuk meminjam novel tersebut..hakhakhak..
atau
sila beli di kedai2 buku berhampiran dengan harga RM 21.00 tapi harga lepas diskaun RM 18.90..
harap maklum..

atau sila KLIK LINK ini....

'SAYANGKU MERAJUK BAB 01 

terima kasih...
=D

mcD addicted again n again..

addicted again...hohoho..
bila tibe time bagi gelas percuma...
hati jadi xkeruan....
aiiiyyoook....
terlalu taksub nak kumpul kesemua itu..
first of all ak nk wish thanx banyak2 kpd my mr boyfie coz slama nie dia yg byk tlg ak..
layan kerenah ak yg gila kumpul gelas mcd...hahaha
kalo yg lepas ak dah berjaya kumpul kesemuanya,
hope yg ini pom same...
gelas kfc pom ak dah berjaya kumpul..yeahh!
than lalink...luv u so much!
awk sorang jea yg paham saya....org laen sumer x paham sy..
dats why i love u much moreeeeeeee....
hehehehe...
da first day gelas kuar utk tahun 2011,
on dat day...28.04.2011 ak n my boyfie berjaya kumpul gelas yg pertama...
gelas tu diberi nama 
CHARCOAL....


=)

kalo korang nak tahu,
sejak kecik lagi hobi ak suka kumpul barang free...(bukan curi yea)
stiap benda yg orang jual ada barang free, mesti ak sapu punya...
xkira la barang ape pom...
janji yg free tu penting..hahaha
teringat la kisah, ak pernah beli deodorant, punya la busuk bau dia...
disebabkan ak tergila-gilakan yg free...ak beli jgk..
kalo x clap ak dia bagi free jam..
jam unik...yg dperbuat dari kain..
ak xpkai pom deodorant tu..nak benda tu jea..hehe
hobi ak tu terbawak2 sampai skang...
sampai dah tua bangka..
kalo beli losyen,syampu, deodorant or ape pom barang keperluan yg ak beli,
mesti ade yg free...
dah xkisah harga brape pom..hahaha

pernah jugak ak beli 'Milo Fuze'..
ak bukannya minum milo...xsuka milo..
tp disebabkan ada free bag, ak beli...hahahaha...
then, kalo setiap kali mcD or KFC ada buat promosi barang free,
ak xkan lepaskan peluang keemasan tu..
my boyfie dah masak rasanya ngan prangai ak tu..
bukan kedekut okeyh!
dah memang sjak dlu lagi hobi ak camtu..
hehehehe...

sekian wassalam....

Anuar Zain

ade sape2 minat Anuar Zain?
sila angkat tangan...hehehe
saya minat dia...
xcaye ek?
hehehe
actually...sy baru jea minat dia..
bila dengar2 lagu nyanyian dia, jiwa rasa tenang jea...
memang power la!
tambah2 lagu terbaru dia SEDETIK LEBIH....besh...
menjiwai...terus meresap ke dalam jiwa.....




Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Isnin, 25 April 2011

Mood Raya 1

mood raya....mimpi ke ape? hehehe
tetiba jea mood raya datang nie..
masa jalan terbau biskut raya...
excited gila nak beli baju raya...
tadi...balik jea dari keje...
terus ke kedai kaen...cari kaen nak wat baju raya...
hahaha...
lucu...
raya berbulan2 lagi..
tapi disebabkan terlampau excited...ari nie ktorang (ak nga bf) tercari2 baju raya..
abis sumer kedai kat bandar kb ktorang masuk...
tapi x satu pom yg berkenan..
dah la mahal...hampeh..
ditambah plak xingat warna...
terpaksa la datang esok plak...
tahun nie sbelah family ak warna coklat gelap...
sbelah my boyfie warna maroon muda..
kelam kabut cari maroon muda tadi..
rupa-rupanya jarang kedai jual warna tu..
tapi xpe demimu future mother and father in law, saya sanggup!
hehehe...
erm..baju raya 2 pasang tahun nie..besh2....
xsabar nak beraya...(cam budak2 jea kan...)
esok...mood mencari baju raya diteruskan....=D





Budaya Suka Banding


Budaya 'suka banding' ini memang kuat dalam masyarakat kita. Secara peribadi, saya amat tidak menyukainya. Banyak pengalaman masa lepas yang benar-benar memberi kesan yang kurang baik kepada hidup saya.
Semasa kita kecil, ramai rasanya menyetujui bahawa budaya 'suka banding' keputusan pelajaran cukup menyakitkan. Seolah-olah diri kita begitu hina atau tidak mempunyai nilai langsung bila diri kita dibandingkan dengan mereka yang lebih baik pencapaiannya. Tidak cukup dengan itu, kita juga selalu 'suka banding' tahap kedudukan dari segi ekonomi. Jika kita datang dari keluarga kaya maka kita akan lebih dihormati berbanding dengan jika kita datang dari keluarga miskin. Perlukah ini semua?
Semasa kita meningkat dewasa, kita ingatkan budaya 'suka banding' ini makin berkurangan tetapi rupanya kita silap. Makin tebal jadinya budaya ini. Kita selalu lihat manusia sekeliling 'suka banding' apa benda yang kita ada, apa pangkat yang kita ada, apa pencapaian yang kita ada dan seribu satu macam lagi perbandingan-perbandingan yang cukup merimaskan. Perlukah ini semua?
Jika kita tidak berhati-hati, budaya 'suka banding' ini akan menyebabkan timbulnya bermacam-macam penyakit hati seperti rendah diri, sakit hati, dendam, bongkak, tak sedar diri dan macam-macam lagi. Ramai yang hidupnya berlegar-legar sekitar membuat perbandingan sehingga lewat usia mereka. Jika beginilah cara hidup kita, mana mungkin datang rasa tenteram dan aman dalam diri?
'Suka banding' memang perlu tetapi bukan sampai membawa kepada corak kehidupan seperti di atas. Perbandingan yang membawa kepada motivasi agar hidup menjadi lebih baik dari sebelumnya memang dituntut. Jika dilihat dari sudut pengurusan masakini, ada suatu inisiatif yang bernama Penandaarasan (Benchmarking) yang sebenarnya menggunakan konsep 'suka banding' ini dalam usaha bawa sesuatu organisasi itu lebih baik dari sebelum ini.
Akhir kata, bagaimana harus kita menangani budaya 'suka banding'yang membawa kepada kesan negatif ini? Rasanya mudah sahaja. Bagaimana? Ianya perlu bermula dari rumah di mana ibu bapa harus mengelakkan 'suka banding' anak-anak mereka dengan anak-anak orang lain. Mungkin niatnya baik tetapi dalam banyak hal kaedah perlaksanaannya selalu membinasakan!

Ahad, 24 April 2011

Homesick 1

erm...skang nie kat opis..
tengahari..
tp cjuk macam kat oversea..
macam kat tempat ade salji..
aiiyookkk...beku...haha

tetibe jea rindu kat umah..
rindu kat kampung halaman...
rindu ummi n abah..
rindu adik2...
rindu nak balik............waaaaaa...
dah berbulan2 xbalik..
rindunye nak sembang2 ngan ummi...
rindu nak gurau senda ngan adik2...
xsabar nak blik umah...
rinduuuuuuuuuuuuu.

diz weekend nak blik kampung..
sempena cuti hari pekerja...
tapi tertanya2 nak beli ape kat ummi,abah n adik2...
erm...blur lagi nie..
kna mintak pendapat si dia yg tersayang nie...

Sabtu, 23 April 2011

'Phuket'

weeee.....diz n3 rasa nak citer sal percutian kat 'Phuket'...
sungguh indah...
kenangan manis di hujung minggu....
korang pernah sampai 'Phuket'?
besh tempat nie..cantik sangat....
terlupa sejenak sengsara di opis bersama bos yang tah pape tu..heeee
tenang sangat...rasa nak pergi lagi la.....



jom tgk gambar2 yg sempat di snap semasa berada di sana...hehehe










Khamis, 21 April 2011

What should I do

erm...what should i do...
when my heart beat so fast now..
when my mind feel blank rite now..
when my feeling so hard to think what i'm thinking rite now...
when my mouth so hard to say what in my mind rite now.....
i'm so stress...
so many things need to solve..alone..
without any somebody or someone for helping me..
i dont want to interrupt  any body in diz prob...
i need to solve it alone...be myself..
it can make me mad when i always think about it..

dear,
thanx for everything...
since you came into my life,
i got better life...
you light up my life..i swear i'm so happy with u..
even though sometimes i'm doubtful and skeptical about u,
i noe its my fault..
always think -tive bout u..even though u are not what i'm thinking..
i promise i'm never do it again....
i'm sorry dear..
but most important u need to noe,
i cant live without u..
i love u damn much..
i'm never felt like diz before...

it's so hard when we work with another company...
felt unhappy..
tied down with any rule and condition..
i love to work with independent..
no rules...no condition..
so i do love to work with my love...
with our company..
there is no rules...no condition..
so independent..
no stress...but cheerful..
we free to working without office hour..
i'm so impatient to work with this area..
hopefully i can resign with my career like now..corporate life..i dun like corporate life..
i want jump into business life...with my love..insyaAllah...
may Allah bless our dreams..
amin...



Rabu, 20 April 2011

Boring


malam yg memboringkan...xtaw nak watpe...so bored...
xde ke sape2 nk ajak kuar jalan2? heeee
jom sama2 layan lagu SUNGAI LUI nie....

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya


Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya


Selama ini ( 7x )

Hobi Baru

Jarang sangat update blog skang nie..apatah lagi nk tukar layout or design blog...
bz sangat2...
slaen dari bz keje makan gaji,
ak bz ngan bisnes wif mr boyfie...
slaen tu masing2 bz dgn hobi baru...
sampaikan nak luang masa bersama pom xsempat...
dah lama rasanya x lepak kat Hayaki....
slalunya tiap2 ari lepak kat ctu...
sejak ada hobi baru nie, nak kluar pom rasa malas...
nak tahu ape hobi baru tu?

jeng..jeng...

ak dah start suka baca novel balik..
klo nak tahu, aku dah lama tinggal baca novel nie..since last form 5 la i think...
lepas abis skolah, terus lupakan novel..
bz ngan study kat kolej...(konon2 la..hahaha)
skang bila keje lagi la xde mase nak baca novel..
ingat aku suka ke mengadap buku jea 24 jam tanpa henti..ak xsuka membaca okeyh! hahahaha

kalo nak tahu nape ak jadi suka baca novel...
kena la baca lagi n3 nie..hahah

actually my boyfie bz memanjang....xde mase nak kluar lepak2 cam dulu...=(
ak plak dah mula menyampah nak online..actually nak on lappy..
xsuka!
since my lappy kesayangan hilang, xde mood sangat nak hadap lappy 24 jam..
wlaupom lappy yg nie pemberian my boyfie...
tiap masa online xbesh jgk..
dah xtahu nk wat ape lg dah..
atu ari..dsebabkan terlampau boring, ak g merendek kat blik sbelah...
masa tengah2 sembang ngan dia, ak ternampak la satu novel..
mula2 satu..then dia kluarkan smpai 3 novel..
dari tu la ak start balik gilakan novel...
tambah2 dah jarang kluar ngan my boyfie after office hour...


novel first yg ak baca after bertahun2 xngadap novel..hahahaha

u noe what..my boyfie pom ade hobi plek dia...
slaen dari maen pok pok (i call wif dat name)..pok pok is zynga poker...weks!
dia mula sukakan ayam..ayam baek..
korang tahu ape ayam baek tu?
mula2 tu..ak ingatkan ayam baek tu ayam jinak...ayam yang jenis pendiam..
rupa2 nya ayam baik tu ayam berlaga...
yg orang wat berlaga ayam tu la..
hampeh...
tu ayam jahat namanya..x kena langsung ngan nama ayam camtu..hahaha



tp ayam nie nama jea ayam baek...mahal wei...xmampu ak nak beli..
dari beli ayam mahal2 camni..
baek la ak bli benda laen yg lagi berfaedah..
hahahahaha...
hope my boyfie hepi la ngan hobi baru dia tu..
skang tengah tunggu kemunculan baby ayam baek..
=D

Selasa, 19 April 2011

Nur Aisyah Humairah


demam adik Mia Sara Nasuha masih lagi belum berakhir...
kini datang pula adik comel yang bijak..
persis adik Mia..
Nur Aisyah Humairah..
secomel orangnya..
cute sangat..


tersangat2 comel....

pandai bergaya....



alaa...laa...tomeynyeeeee....




i love diz pic...


wif kak lisa...


sangat comel bila bertudung...cam org dewasa lak...


muka matang...





guess what..muka dia skali tgk cam pelakon almy nadia jea...
tp ak tgk camtu..xtaw la klu rg laen tgk..
hehehehe

same kan?
=P

p/s : harap2 ayah aisyah bagi la yea sy copy pic nie dr fb dia..heeeee...

Selasa, 12 April 2011

[Guangzhou part 1 - Plan]

Plan nak g Guangzhou Jun ini..
yiiihaaaa...
tp plan jea..
xconfirm lagi...heeee
erm..mintak2 la bleh pegi sana..
klo ade rezki pegi sna,bleh borong barang2 murah kat sna...
besh2..
dalam kpala nie byk sgt pikir nk beli itu ini..
erm..banyaknyeeeeeeeeee..
xterkata...hahaha
actually kalo ade rezki nak g borong barang kat sna jual kat Malaysia..
barang kat sana murah..
pape hal plan dlu...
we wait and see....heeee

Khamis, 7 April 2011

[♥...Mr Perfect...♥]

he's my only one mr perfect..
since he comes to my world..i feel so happiness..♥♥♥
i dun feel like that bfore diz...
i love him..
really2 love him..
since our relationship was almost 3 year, 
so sweet moment of me..
so many sweet sour moment...ngeeeee...
love like crazy..he drive me crazy..(i dun have any word to say...heeee)

there is a lil bit about my mr perfect...


for me, he is cute...so cute..chubby like me...heeeee
comel x? heeee


then...
he is so funny....very2 funny...
ak suka dia wat muka camtu...
slalu sgt buat mimik muka camtu depan ak...
hahaha....

then..bila dia wat camtu..
ak pom suka blas balik..

hahahaha...

selain tu dia suka potpet2...
=D

tgk la betapa seriusnye muka dia
tatkala dia potpet2 ak..
terbalik..
spatutnya ak potpet dia..
tp in case hubungan kami,
dia yg byk potpet..
kadang2 ak suka dia potpet...hahaha



dia seorang yg kelakar....kelakar tahap dewa...
slalu buat ak ketawa...
slalu buat ak happy..tengs sayam...
xpernah walau skali pom sunyi tiap kali keluar..
coz tu ak tahu dia ada masalah..
 bila..
muncung panjang 4 depa...
muka masam mencuka..
kelihatan serabut serabai...
time tu ak diam jea...tkt kna potpet dia..
hahahahaha...


dia sangat rajin okeyh!
mana nk cari lelaki cam dia (pasannye aku)
dia rajin kerja...
rajin cari rezeki halal..
Alhamdulillah...
=)


dia sangat baik..
sentiasa menjadi pendengar setia tatkala ak ada masalah..
tatkala ak berduka..
tatkala ak dalam keresahan..
tatkala ak dalam kekalutan..
tatkala ak dalam tekanan..

slalu tlg ak disaat memerlukan..
disaat ak kesempitan..
disaat ak kejatuhan...

sentiasa cuba melakukan yg terbaik utk diriku..
sentiasa mengambil berat..
sentiasa menjadi dan memberikan yg terbaik..
sentiasa memenuhi kemahuan ak yg kdg2 ngada2..
sentiasa memenuhi kekuranganku..
sentiasa memberi pendapat dan nasihat tatkala memerlukan..
selalu menjadi rujukan utk memilih sesuatu..
ataupom membuat ssuatu keputusan...

Tengs sayang..awk la segalanya...
lirik dibawah saya tuju untuk awk yg tersayang.....♥♥
♥♥♥♥....big hug 4 u.......♥♥♥♥♥

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


jangan sesekali mengganggu dia..
jangan sesekali mendekati dia..
jangan sesekali berangan yea...
cuba la klu xsayang diri!
i kill u!
hahahahahahahaha.....

Rabu, 6 April 2011

[Marah]

dush...tensionyerrrrrr...
pasal broadband pom mau marah ka?
xsengaja okeyh?
kan awk jugak yg cakap kita manusia,bukan malaikat...
manusia slalu lupa....
tp bila sy lupa awk plak marah?
sy pom bukan malaikat okeyh....
sedih taw awk marah sy...
marah sebab ape?
sebab sy lupa nk simpan broadband skali ngan laptop..
sebab sy lupa nk bagi broadband tu kat awk skali ngan laptop..
sedih sangat..
hal kecik jea wak..
kalo budak kecik dgr pom dorang suka...
wak...nape nie?
awk nk marah kenapa?
awk ade masalah ke?
ke awk stress?
nape awk xciter kat sy?
nape awk xluah kat sy?
sy kan ade........=(


Selasa, 5 April 2011

FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Sabtu, 2 April 2011

[Beri Aku Cinta]


kadang-kadang ak rasa ak terlalu alpa dengan duniawi..
terlalu cbuk mengejar wang..
tapi ak alpa yg smua tu dari Dia yg maha kaya..
Ya Allah...tolonglah hamba-Mu ini...
jauhkanlah ak dari rasa alpa ini..
hanya padamu ak bermohon....

di saat ini..ak sedar yg terlalu byk dugaan dan cabaran dlm mengharungi liku-liku hidup yg penuh dugaan dan cabaran ini...
ak pasrah..
ak akur...
ak harus tabah menghadapi hidup..
semakin hari semakin banyak dugaan...
ya Allah...begitu kuat ujian untuk hambaMu ini..
tapi ak redha ya Allah...
mungkin ini yang terbaik untuk diriku...
mugkin suatu hari nanti ak akn mendapat suatu sinar dalam kehidupan...

‎(◕‿◕✿...♥... (◕‿◕)



Walau aku senyum bukan berarti

Aku selalu bahagia dalam hari

Ada yang tak ada di hati ini

Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina



Tuhan berikanlah aku cinta

Untuk temaniku dalam sepi

Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta



Tuhan berikanlah aku cinta

Aku juga berhak bahagia

Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta



Ku bertemu sang adam di simpang hidupku

Mungkin akan ada cerita cinta

Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina



Tuhan berikanlah aku cinta

Untuk temaniku dalam sepi

Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta



Tuhan berikanlah aku cinta

Aku juga berhak bahagia

Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...