PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Khamis, 28 Oktober 2010

~Anniversary Kedua 2010~


Tanggal 08.10.10 genap la hubungan aku nga sidia tercinta 2 tahun..erm..bila teringat balik suka duka yang dilalui sepanjang 2 tahun perkenalan nie,terasa sayu je hati nie…banyak sangat kenangan pahit manis bersama, banyak sangat susah senang yang dilalui bersama…akan tetap kekal dalam ingatan buat selamanya…sesungguhnya hanya dia dihati selamanya…InsyaAllah…. 



X disangka hubungan nie berkekalan sehingga sudah 2 tahun dan harap2 akan berkekalan selamanya…doa2 kan la erk! I luv him damn much..xsiape dapat jadi peganti sidia dihati ini…aku bahagia sangat2 dengan hubungan nie…impian kami:
  • Nak jaga hubungan sebaik mungkin sampai akhir hayat..081008-4ever…
  • Nak buka bisnes kecil-kecilan sampai jadi besar-besaran.
  • Nak kumpul duit banyak2.
  • Kawen….;-)
  •  Anak2.
  • Umrah & Haji.
  • Membahagiakan keluarga & Anak2.
  • Mengelilingi Dunia.
  • Hidup Bahagia selamanya…InsyaAllah..Amin.


Terima kasih x terhingga buat yang tersayang MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHABRI kerana selama nie banyak sangat menyokong diri ini tatkala susah mahupom senang..Luv u more my dear!


KELANTAN ICT NEEDS ANALYSIS


‘Kelantan ICT Needs Analysis’ is a small word but there is most important and full of meaning…seperti yang sedia maklum, penggunaan ICT especially internet mahupom computer di Kelantan amat rendah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia..tugas saya disini sebagai wakil staf ICT INCUBATOR CENTRE SDN BHD iaitu sebuah syarikat kumpulan PKINK ditugaskan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk membuat analisis tersebut di seluruh rakyat Kelantan…Terima Kasih x terhingga buat semua penduduk di Kelantan yang memberikan sepenuh kerjasama sepanjang analisis ini dijalankan…




Kami membuat analisis mengikut Jajahan di seluruh Kelantan termasuk Jajahan baru di Kelantan iaitu Jajahan Kecil Lojing…Roadshow kami bermula di Jajahan Kota Bharu,Kuala Krai,Gua Musang, Jajahan Kecil Lojing, Jeli, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh dan Bachok.  Walaupom agak keletihan tapi menyeronokkan…terima kasih kepada MyHome Hotel di Gua Musang, Medina Hotel di Tanah Merah dan Azimah Hotel di Pasir Puteh untuk penginapan (promote sket..hehe)…



Kesimpulan dari analisis ini, kami dapat banyak aduan tentang sambungan internet dan jalur lebar yang kurang memuaskan terutama di kawasan luar Bandar..mereka bukan tidak celik IT tapi kurang mendapat kemudahan yang sebenarnya mereka patut dapat…tujuan utama analisis ini sememangya ingin menyelidik tentang pengetahuan masyarakat kita tentang IT, sejauh mana mereka tahu, faham dan dalami IT..mungkin di zaman serba canggih nie semua orang tahu tentang IT dan computer tapi  kita x tahu sebenarnya masih yang ketinggalan…

 


Rabu, 27 Oktober 2010

Rahsia Bulan Kelahiran




KAJIAN DARI DATO' DR FADZILAH KAMSAH...TERBAIK...


JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang reality dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yg  mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yg lasak. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka benda yg remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yg tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamirkan emosi.

MAC
Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.



APRIL
Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangaiidea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati,mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI
Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang.  Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, emah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi.  dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak  bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.
OKTOBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat,

NOVEMBER
Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah,

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah, Perangai yg berubah-ubah, Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan, Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik,

MALAM PERTAMA KITA


emel nie ak dapatkan dari seorang teman....untuk renungan bersama...renung2 kan lah...



Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Jangan Ada Benci

 





Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:
“Abang, sayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”.
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Sayang akan mulai dulu ya”, kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat …
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan suminya tertunduk dan sedikit airmata bergenang di sisi matanya… mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakannya sebelum ini tanpa disedari…

“Maaf bang, apakah sayang harus berhenti ?” tanyanya.
“Oh tidak, teruskan …” jawab suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, “Sekarang giliran abang pula membacakan senarai abang..Sayang sedia mendengarnya” .

Dengan suara perlahan dan tersekat-sekat suaminya berkata, “Maafkan abang…Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas abang. Abang berfikir bahawa sayang sudah sempurna di sisi abang, dan abang tidak ingin mengubah akan diri sayang. Sayang adalah diri sayang sendiri. Sayang cantik dan baik di sisi abang. Tiada satupun daripada peribadi sayang yang dapati dapati kurang…Abang sayang dan cintakan isteri abang yang dulu dan sekarang dan selama-lamnya selagi hayat abang…..”
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya… bahawa isSuaminya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis…
——————————–
Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki…..

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita….

Cinta Tidak Harus Berbentuk ‘Bunga’

 







Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.
Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.



Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.
Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.
“Mengapa?”, dia bertanya dengan terkejut.

“Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan”
Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?
Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”.
Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, “Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.”
Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang bertulis…
“Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan alasannya.”

Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya.
“Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah
kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya.”
“Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.”

“Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu.”

“Kamu selalu kelelahan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas.”
“Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi ‘aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami.”
“Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti ubanmu.”
“Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu”.
“Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku.”
“Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu.”

“Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu.”
Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya…
“Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.”

“Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.”.

Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.
Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.

Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk “bunga”. 




Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...