PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Rabu, 30 Jun 2010

Gua Musang Tercinta

Gua Musang merupakan sebuah jajahan yang terletak di sebelah selatan Negeri Kelantan yang menjadi sempadan antara Negeri Kelantan dengan Negeri Pahang, Terengganu dan Perak. Ianya   merupakan pintu masuk ke Negeri Kelantan dari arah selatan melalui jalan darat iaitu Kuala Lipis atau Kuala Lumpur.

Kedudukan yang strategik serta bentuk muka bumi yang unik dengan dikelilingi oleh gua-gua menggalakkan industri pelancongan. Disamping itu, dengan adanya kemudahan jaringan perhubungan yang baik seperti jalan darat dan juga keretapi memudahkan para pengunjung dan pelancong datang ke Gua Musang.



Sungai Nenggiri dan Rangkaian Jeram 
Sungai Nenggiri merupakan rangkaian utama sistem saliran sungai di Jajahan Gua Musang yang menawarkan aktiviti lipur diri kepada pengunjung khususnya bagi aktiviti berkayak dan berakit selain aktiviti memancing. Ia mempunyai lebih daripada 40 buah jeram (rapid) dan amat sesuai untuk aktiviti berakit dan berkayak berteraskan eko-pelancongan.
Sungai Nenggiri dan anak sungainya menjadi sistem perhubungan utama bagi petempatan di kawasan pedalaman saperti perkampungan orang asli Pos Brooke, Pos Mering dan Pos Pulat, Kg. Kuala Jenera, Kg. Kuala Penep dan sebagainya. Antara aktiviti yang dijalankan bagi menarik pelancong ialah `Nenggiri River Cruise’ iaitu perjalanan sejauh 50 kilometer dengan menaiki bot / rakit yang bermula di pengkalan jeti Kuala Betis hingga Kg. Setar.
Ia merupakan pakej lawatan 3 hari 2 malam dan 2 hari satu malam yang dianjurkan oleh agensi pelancongan untuk pelancong berkumpulan. Antara tempat yang dilawati disepanjang perjalanan termasuklah Gua Cha (tapak bersejarah zaman purba) dan perkampungan orang asli Kuala Jenera dan Pos Pulat (menghayati budaya dan gaya hidup).
Selain daripada itu, pihak KESEDAR dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dan Majlis Belia turut menganjurkan acara tahunan `Nenggiri Challenge’ iaitu acara berkayak yang melibatkan bukan sahaja peserta tempatan tetapi peserta luar negara saperti Switzerland, Thailand, Singapura dan Indonesia. Ia bermula di pengkalan jeti Gua Cha dan berakhir di Kg. Setar termasuk bermalam di Pos Pulat.


Selasa, 29 Jun 2010

~my Graduation~

pada 13 jun 2010 aku telah berjaya dengan jayanya menjadi seorang graduan CiCT..hehe...dengan bangganya ari tu aku mendapatkan skrol Diploma (skrol kosong jea...hehe) for Diploma E-Kesetiausahaan or Diploma in E-Secretaryship dari Professor Diraja Ungku Aziz, Canselor CiCT and KLMU...tersangat hensem orangnye....



akhirnya aku berjaya jugak dapat Diploma...walaupom tersangat malas study..hekhek...thnx alot to my parents and my beloved bf...for supporting...klu x kerana diorang, xmungkin aku abiskan study aku...xlupe jgk kat mmber n kwn yg byk bg sokongan...luv u olls...hehe
thnx alot to my beloved bf coz byk sgt berkorban tuk aku ezpecially during my graduation..peneman setia..hehe..Luv u so much b....u are everything...:-)
wif k.ja...
wif my bez kazen k.Lyn...
wif ziela...
wif my b...luv u damn much...
 my b on jubah...nk konvo jgk..hehe
 dia yang kepenatan...thnx 4 everything syg...



Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...