Iklan Penaja

Rabu, 27 Februari 2013

Maggie Ketam

Semalam suami tercinta request nak makan maggie ketam yang homemade...slalunya makan kat kedai jer..pikir punya pikir camne nak buat nie sebab kat umah xde ketam..mana nak cari hujan2 camni..tetiba teringat kat Pasar Kg Cina yang femes kat Kelantan...nama asal Pasar Gok Kapor sebab dekat jalan Gok Kapor...ak xpasti Gok Kapor tu ape..

Then lepas balik dari keje n amik adik2 ipar dari skolah, kitorang terus ke pasar tu..ak x turun dari kete sebab hujan,hubby turun sorang2 je cari barang nak buat maggie ketam tu...sampai je kat umah ak terus smayang asar n basuh ketam2 tu...sekilo RM25,boleh la dalam 5 ekor ketam yang biasa tu..nak cari ketam nipah bukan senang tambah2 dah petang camni...

So, ni ak kasi ak punya resepi yang sangat2 simple..macam resepi maggie orang2 bujang plus pemalas macam ak nie....hehehe

RESEPI MAGGIE KETAM SIMPLE MSNAS (HOMEMADE)

Bahan-bahan

-Bawang putih
-Bawang besar (dihiris)
-Halia
-Sedikit Minyak
-3 ekor ketam (dibasuh n potong 2 sebab blh makan ramai2..hehe)
-Isi ayam (blh jugak masukkan udang n sotong klu rajin) 
-Sayur (sawi or kobis)
-Tomato
-Cili Merah (dihiris)
-Telor 2 biji (up to u)



Cara-cara

-Tumis bawang putih dan halia tu dulu
-Then masukkan cili dan bawang besar
-Masukkan sedikit air
-Masukkan pes maggie
-Lepas tu masukkan isi ayam, bila dah agak2 ok baru masukkan ketam
-Dah agak ketam tu masak (warna jadi merah) boleh la masukkan maggie
-Last skali masukkan sayur, tomato and telor..
-Siap!

#Simple je kan? hehehe...tu la cara orang pemalas macam ak nie..hehe..nak lagi besh taruk limau nipis sikit masa nak makan tu..yummy...

#Maggie ketam blh dibuat pelbagai variasi..ada yang taruk serbuk kari adabi or ape2 je la..ada jugak yang masukkan maggie dulu baru masukkan ketam (ak xsuka cara nie sebab nanti maggie akan bengkak)

# Okayla selamat mencuba! hehehe






Air Gula oh Air Gula

Okayyy...kali nie nak citer pasal air gula..mummy2 kat luar sana mesti tahu ape itu air gula..ak dipaksa minum air gula..actually yg umur 25 tahun keatas je kena minum tapi disebabkan my mum ada sejarah diabetes,so ak disarankan minum air gula...yarkkkssss...sangat2 tak sedap okay! bayangkanla nak kena minum air gula tu segelas...dah la sebelum tu kena berpuasa dulu start 10.00 malam sampai la pagi tu..pagi2 lagi dah kena amik darah,then minum air gula..tunggu 2 jam lepas tu amik darah balik...okay la,kali nie ak nak kongsikan tentang Diabetes Kehamilan...jom baca!

Diabetes Kehamilan
Sesetengah wanita yang tidak pernah mempunyai diabetes sebelum hamil akan menderita diabetes semasa hamil. Keadaan ini dipanggil sebagai gestational diabetes’ (diabetes ketika hamil). Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.

Perubahan metabolisma dalam badan telah menyebabkan kehadiran diabetes
Pankreas kita akan menghasilkan hormon dipanggil insulin, yang mana dapat membantu gula dalam darah (glucose) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan. Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin. Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu. Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang telah menghidapi diabetes sebelum masa kehamilan bermula. Penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.

Wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1.
Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2.
Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3.
Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4.
Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5.
Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.

Pemeriksaan dan Diagnosis:
Sesetengah wanita yang telah menghidap diabetes semasa hamil akan mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom diabetes, seperti berat badan melebihi 80kg, terdapat gula di dalam air kencing, berat badan naik mendadak dan mempunyai faktor-faktor seperti di atas. Bagaimanapun, kebanyakkan ibu-ibu yang menghidap diabetes semasa hamil  tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom. Oleh sebab itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian daripada rutin pemeriksaan hamil dari 24 minggu ke 28 minggu kehamilan di kebanyakkan klinik. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘glucose tolerance test (GTT)’. Ujian tersebut dilakukan seperti berikut :
1.
Anda perlu berpuasa selama 8 jam sebelum melakukan ujian tersebut.
2.
Anda akan diberikan minuman mengandungi gula sebanyak 75g.
3.
Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum anda minum air gula tersebut dan selepas 2 jam anda minum air gula tersebut.
4.
Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
5.
Jadual di bawah menunjukkan paras gula dalam darah yang normal berdasarkan sumber dari kriteria diabetes oleh World Health Organization (WHO).
Puasa
2 jam
≤ 7.0 mmol/ l
≤ 7.8 mmol/ l

Kesan Terhadap Bayi
1.
Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2.
Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3.
Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4.
Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5.
Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6.
Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung
1.
Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2.
Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3.
50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.

Rawatan
Tujuan merawat diabetes semasa hamil adalah untuk mengekalkan paras gula dalam darah adalah berkeadaan normal (≤ 7.0 mmol/ l semasa puasa). Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalankan ujian gula dalam darah untuk  menilai profil paras gula sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan 2 jam selepas makan malam. Profil paras gula perlu dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali. Anda boleh mengawal paras gula dalam darah anda seperti berikut :
1.
Pemakanan: Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, kek dan manisan. Banyakkan makan buah, sayuran dan bijirin.
2.
Senaman. Amalkan senaman ringan seperti berkebun, berenang dan berjalan. Senaman membantu mempertingkatkan keupaayan badan memproses dan menggunakan gula yang disimpan oleh badan.
3.
Ubatan: Apabila diet dan senaman tidak boleh membantu, anda perlu mengambil suntikan insulin untuk menurunkan paras gula. Jururawat akan mengajar anda bagaimana untuk memberi suntikan pada perut anda dan suntikan perlu diambil sebanyak 3 kali dalam satu hari.

Tempoh bersalin: Si ibu perlu bersalin pada masa yang lebih awal dari waktu yang dijangka apabila paras gula sukar dikawal atau komplikasi wujud seperti ‘pre-eclamsia’.

Selasa, 26 Februari 2013

Cara Meneran Semasa Bersalin

Ok la,meh sini ak nak kongsikan cara-cara nak meneran nanti nak bersalin...ak xde pengalaman sebab first baby jugak tapi ak dapat info nie dari rakan2 facebook...so sama2 la kita ingat mengingati..takutttttt...tapi harap2 semuanya dipermudahkan..insyaAllah..amin...



1. Angkat kepala dagu cecah dada.


2. Mata pandang perut 

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali) 

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat 

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.Tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. Baca bismilah, selawat 

8. Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)

Mertua dan Umrah

Alhamdulillah akhirnya keinginan mertua untuk menunaikan umrah dimakbulkan..setelah banyak dugaan yang ditempuhi sebelum mengerjakan umrah,akhirnya doa termakbul..

Sepatutnya jadual asal penerbangan kedua mertua dan seorang adik ipar mengerjakan umrah on 11.02.2013 kalau xsilap..kitorang siap ramai2 pergi hantar kat airport Pengkalan Chepa..then sampai je dorang kat sana, tiba2 jadual penerbangan ditunda tanpa notis atau pemberitahuan awal dari pihak pengurusan...bayangkanlah macamana rasa saat tu...semua ahli dalam kumpulan tu xdapat pergi...kira2 dalam 19 orang macam tu la..tapi dorang tetap tunggu kot2 flight xjadi delay...(ak pom xpasti sebab apa delay)..

Then dalam kul 9.30 mertua call dari KLIA cakap diorang xjadi berlepas ke Jeddah hari tu..tunda hari lain sehingga diberitahu..diorang akan patah balik ke KB flight kul 10.30 malam..lebih kurang kul 11.30 malam kitorang jemput diorang dari airport...kesian kan...seharian penat kat KLIA...ak pom xtaw kenapa pengurusan xberitahu awal2 tentang hal nie..at least mertua ak xbertolak lg dari KB...dengan flight MAS,bayangkan sendiri harga tiket pergi balik untuk 3 orang...hampa sangat2..

Marah punya pasal,ak dengan hubby terus ke pejabat pengurusan Tiram Travel cawangan KB hari tu...tup2 dorang tutup ofis plak hari tu...xdapat la nk tahu citer sebenar...bukan nak marah sangat tapi inform la awal2..KB-KL bukannya dekat..walaupun dengan flight, pikir la penat lelah lagi,masa lagi n tiket lagi..dah la mertua ak dah amik cuti awal2...kesian kan...ditambah malu dengan kawan2 n keluarga...tapi mertua ak sabar je...tunggu hingga tarikh sesuai untuk bertolak...

Mertua ak xputus2 contact dengan pengurusan tu...then pihak pengurusan bagi tarikh baru 19.02.2013...tapi ak tengok mertua ak tak excited macam yang first dulu..takut harapan tinggal harapan...2,3 hari sebelum tarikh tu,mertua ak call balik sebab xde dengar apa2 berita..and lastly betul jangkaan! tarikh ditunda lagi dan lagi...dan tarikh terbaru on 22.02.2013...

Alhamdulillah berkat kesabaran, jadi jugak mertua ak bertolak mengerjakan umrah...n selamat sampai di sana...

So,tinggal la ak dan suami serta 2 orang adik ipar...tanggungjawab ak ganti tempat ibu mertua bukan senang taw! oh...rindu plak dekat mertua ak tu...tiap2 hari biasanya ak memasak makan malam dengan dia,skang nie ak kena buat sorang2...kena bangun pagi 5.30 pagi lagi sebab nak sediakan breakfast untuk adik ipar,nak kena turun awal dari umah hantar diorang sekolah....biasanya mertua ak yang buat semua tu...heheheh

Apa2 pom semoga kedua mertua n adik ipar ak selamat pulang...dijangka pulang on 04 or 05.03.2013..

Cheese Addicted!

Cheese Addicted! yes! i am...entahlah...sejak preggy nie selalu jea nak makanan especially fastfood or western food yang ada cheese...sikit pom xpe janji cheese..xtaw kenapa...kalau dalam sehari xdapat makan cheese rasa laen jea...paling addicted skali of cos la cheezy wedges kat kfc tu...kalau bagi 3pax pom habis..hehe


Sebelum preggy memang la suka sangat2 kat cheezy wedges nie..tapi xtaw kenapa masa preggy nie lebih2 suka...ketagih melampau!! hope baby xkisah yer mama makan nie..hehehe..korang yang preggy ada ke macam ak nie? hahaha

Pelik tapi benar kan..tapi kenyataan nye macam tu la..ak ada gak survey2 pasal kelebihan n kekurangan cheese nie..actually cheese bagus utk baby tp klu dah over tu memang xbagus la..kentang tu pom ok..baik untuk pembesaran baby dalam kandungan...tp xleh over! alamak...kena kurangkan la lepas nie..tahan..tahan...hehehehe

5 month pregnancy

Salam,
Berbulan lamanya ak tinggalkan dunia blogging...(cheeehhh...macam la aktif sangat)..actually ak busy sangat2 kebelakangan nie..maybe sejak bergelar 'wifey' kot..yela kan tanggungjawab dah besar n berat skang nie...tambah2 skang tengah pregnant...alhamdulillah dah masuk 5 bulan...sekejap je rasa masa tu berlalu..rasa macam baru je kawen..(mood honeymoon)..hehe

Dalam berbulan x berblogging nie,macam2 hal telah berlaku..pahit manis ku telan jua...terima kasih suami tersayang sebab sentiasa ada di kala susah dan senang...aku bersyukur walaupun suamiku bukan keje gomen,bukan keje lawyer,bukan pilot or bukan keje2 yang profesional tapi ak sangat2 bersyukur dengan apa yang ada sekarang nie...cukup dengan rezeki yang Allah bagi yang kurasakan sangat2 cukup! alhamdulillah...betul la pintu rezeki akan terbuka luas lepas kawen...kalau dulu sebelum kawen gaji sebulan tu dalam masa 2 minggu dah sengkek..nak tunggu hujung bulan tu terpaksa la berjimat cermat...tapi alhamdulillah sekarang nie xperlu risau lagi dah..makan lebih,pakai lebih,semua la lebih...xpernah rasa susah macam bujang2 dulu..hehehe

Terima kasih Allah kerana kurniakan seorang suami yang penyayang..ye la since pregnant ak banyak xleh wat keje berat even angkat bakul nak jemur kain pom dah sakit pinggang..si suami la yang selalu picit2 urut2 bila cramp..sejak awal pregnant sampai la sekarang nie kaki ak asyik cramp jer..maybe sebab ak pernah terjatuh masa awal2 preggy kot (malu xterkata woiiii...)...nasib baik suami yang banyak tolong...even baju ak pom dia yang basuh..apatah lagi toilet..malu n terharu..tapi demi keselamatan, ak terpaksa la ikut cakap suami...berjaga2 sebelum apa2 terjadi kan...

Tapi time preggy la time paling besh kan? ape yang kita nak sumer dapat...nak makan itu dapat,nak makan ini dapat..kadang2 benda yg kita xnak makan pom orang belikan...rasa macam seorang puteri je..hehehe...ak xde alahan..alhamdulillah..so xdapat la nak citer pasal pengalaman morning sickness bagai sebab memang ak xde alahan langsung..xde ape yang mengahalang aku dari terus makan dan makan dan makan...kecuali minum susu..sebab yang tu memang sejak kecik lagi ak xleh minum susu..nak termuntah..dah try tapi tetap error...hehehe


n3 pertama tahun 2013

Assalamualaikum...
Long time xupdate entry terbaru kat belog nie..dah bersarang dah..banyak benda nak dikongsi tapi memandangkan masa tidak mengizinkan, xdapat jugak nak kongsi cerita suka duka...huhu

Sejak kawen,kuakui rutin harian semakin sibuk..tambah2 sejak pregnant (syukur alhamdulillah)...since preggy nie badan asyik penat..balik keje je terus rasa nak tidur..xlarat sangat2..kadang2 nak kemas bilik pom xsempat..kaen berbakul-bakul xlipat lagi..aduhhh...dugaannn..nie belum ada anak lagi,kalau dah ada anak nanti lagi la sibuk...

Alhamdulillah syukur Allah kurniakan suami yang rajin membantu..dalam keadaan 4month pregnancy nie,dia banyak membantu especially tolong basuh kaen sebab takut licin katanya..terharu...terima kasih sayang!


SELAMAT TAHUN BARU 2013! HEHEHEHE



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

(◕‿◕✿...♥... (◕‿◕)

Wifey to SyafiQshabri.Being with him is the only way I can have a full and happy life. Life is too short to be spent alone.

ALREADY ✔ TAKEN

/(,") ♥ (¨.) 
./♥\.♥./█\.
_||_♥ _||_

PiQ ♥ Miya

Couple : 08.10.08
Merisik : 08.06.12
Married : 01.09.12
Good News on Pregnancy :08.10.2012
Baby's Born : 08.07.2013 (InsyaAllah)


Profile Original & Official ©
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by MiyapiQ


l ̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̅

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...