PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Jumaat, 30 Disember 2011

Dialog malam pertama


Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.

Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).

Isteri : Ramai kan yang berniqab?

Suami : Kerana awak ada agama.

Isteri : Ramai kan yang ada agama?


Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.

Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak cantik…

Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.


Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada. Nanti sekejap.

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).

Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.

Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?

Isteri : Oh! ada, saya ingat.

Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.

Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?

Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)

Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.


Artikel oleh : Ibnu Rahman

Rabu, 28 Disember 2011

Rahsia No Kad Pengenalan Anda


Sejak tahun 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. 

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99.

Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-

Johor 01,21,22,23,24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31,59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38, 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82

source : homefamily

9 Tips Kecantikan Berkesan Untuk Wanita Muslimah


muslimah 9 Tips Kecantikan Berkesan Untuk Wanita Muslimah
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.”
(Riwayat Muslim)
Baca dan fahami nasihat ini supaya kita akan kekal menawan dan cantik sepanjang hidup.

1-Untuk mencantikkan mata, tundukkan pandangan anda terhadap lelaki, ini akan menyebabkan mata anda bercahaya dan bersinar.

2-Untuk mendapatkan wajah yang menawan dan bersinar-sinar, sentiasa mengambil wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari

3-Untuk mendapatkan bibir yang merah dan menawan,basahkanlah dengan zikrullah dan sentiasa bercakap yang benar.

4-Untuk memerahkan pipi, kesederhanaan adalah perkara yang paling penting yang boleh ditemui dalam ajaran Islam.

5-Untuk membuang kotoran di wajah dan tubuh anda, gunakanlah ‘sabun’ yang dipanggil Istighfar (memohon keampunan daripada Allah), ‘sabun’ ini akan membuang kotoran dan dosa yang anda lakukan.

6-Untuk rambut pula, kalau ada diantara kamu yang mengalami masalah rambut bercabang di hujung, pakailah Hijab yang akan melindungi rambut daripada rosak.

7-Untuk barang kemas atau perhiasan, cantikkan tangan anda dengan kerendahan hati dan didik tangan anda untuk mudah memberi dan berbuat kebajikan.

8-Untuk mengelakkan masalah hati, maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti hati anda.

9-Rantai anda akan menjadi tanda untuk menolong saudara-saudara Islammu.
Jika anda mengikuti saranan daripada yang Maha Pencipta ini, anda akan mempunyai kecantikan dalaman dan luaran. Insyhaallah !

Gadis Cantik dan Sepotong Roti


Diriwayatkan bahawa pernah terjadi musim kemarau di kalangan Bani Israil. Masuklah seorang fakir di depan pintu seorang kaya seraya berkata, “Berilah sedekah kepadaku dengan sepotong roti untuk mencari redha Allah SWT.”

Puteri dari orang kaya itu keluar membawa roti yang masih hangat dan diberikannya kepada orang fakir itu. Lalu datanglah orang kaya yang celaka dan dipotongnya tangan puterinya.

    Lalu Allah SWT merubah keadaannya dan menghilangkan semua hartanya. Jadilah dia fakir dan meninggal dalam keadaan hina. Sedang puterinya berkeliling dari pintu rumah ke pintu yang lain dengan meminta-minta. Dia seorang gadis yang cantik jelita.

    Suatu hari gadis itu datang di depan pintu seorang lelaki kaya. Keluarlah ibu lelaki itu dan dia memandang puteri itu dan memperhatikan kecantikannya serta menyuruhnya masuk ke dalam rumahnya. Dia merasa tertarik dan ingin mengahwinkan dengan anaknya. Setelah dia mengahwinkannya, dia menghiasinya dan menghidangkan di hadapannya sebuah hidangan pada malam hari. Puteri itu mengeluarkan tangannya sebelah kiri untuk makan bersama suaminya.

Melihat itu suaminya berkata, “Sungguh aku memang sering mendengar bahawa orang fakir adalah kurang pendidikan. Keluarkanlah tangan kananmu.”

    Puteri itu tetap mengeluarkan tangan kirinya dan berkali-kali suaminya melarangnya. Terdengar satu suara dari sudut pintu, “Keluarkan tanganmu sebelah kanan, hai perempuan hamba Allah. Benar-benar engkau telah memberikan roti itu kepada Allah. Tentu Allah akan memberikan tanganmu kepada dirimu.”

    Maka dikeluarkannya tangan kanannya dalam keadaan utuh berkat kekuasaan Allah SWT dan makanlah dia bersama suaminya.

source: google

kamu bukan ninja!!


 Sebuah kereta , tiba-tiba rosak di hadapan sebuah rumah. Pemandunya kemudian berjalan ke arah rumah dan mengetuk pintu dan berkata “kereta saya rosak, bolehkah saya tumpang tidur disini?” Sebenarnya tuan rumah tersebutadalah seorang ninja, ninja tersebut menerimanya dengan tangan terbuka, menyediakan pemuda tersebut makan malam, bahkan membantu memperbaiki keretanya.

Ketika pemuda itu hampir tertidur, dia mendengar suara-suara pelik. Esok paginya, dia bertanya pada ninja tersebut mengenai suara apa itu, tapi ninja berkata “Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja…“.

Pemuda tersebut kecewa, namun tetap sangat berterima kasih, dan meneruskan perjalanannya.
Beberapa tahun kemudian,secara kebetulan, pemuda yang sama kembali mengalami rosak didepan rumah yang sama. Lagi sekali ninja tersebut menerimanya, memberi dia makan malam, dan bahkan memperbaiki keretanya.

Pada malam itu, dia mendengar suara-suara pelik lagi seperti yang dia dengar beberapa tahun sebelumnya.

Pada paginya, dia bertanya pada ninja tersebut, suara apa itu, namun lagi-lagi ninja berkata “Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja”.

Pemuda itu berkata, “ok, ok, saya terasa amat teruja sangat nak tahu…

Jika satu-satunya cara untuk mengetahui suara itu adalah menjadi seorang ninja, bagaimana caranya saya boleh menjadi ninja”?

Ninja tersebut menjawab, “kamu harus berjalan sekeliling dunia dan menghitung berapa banyak rumput diatas dunia ini. Apabila kamu sudah selesai mengira, kamu akan jadi ninja”.

45 tahun kemudian, si pemuda kembali dan mengetuk pintu rumah tersebut. dia berkata “Saya telah mengelilingi dunia, dan mengetahui bahawa jumlah rumput adalah 145,236,284,232 hela.

Ninja tersebut menjawab, “selamat, kamu telah menjadi ninja, Ok sekarang saya akan menunjukkan tempat suara-suara pelik tersebut”.

Ninja tersebut membawa pemuda tersebut ke sebuah pintu kayu, dan berkata “Suara itu berasal dari belakang pintu itu”, si pemuda membuka pintunya tetapi ternyata ia berkunci, dan dia berkata “Hey! mana kuncinya”, ninja tersebut memberikannya kunci, dan apabila pemuda tersebut masuk rupanya di belakang pintu kayu tersebut ada sebuah pintu lagi yang terbuat dari batu, si pemuda meminta kunci untuk pintu batu tersebut.

Ninja memberikan kunci untuk pintu batu, dan si pemuda membukanya tetapi ada pintu lagi dari perak. Begitu seterusnya sehingga pemuda tersebut membuka pintu dari berlian, intan, dan emas.
“Akhirnya” kata ninja, “Ini adalah pintu yang terakhir”.

Dengan tak sabar dia membuka pintu yang terakhir, dan dibelakang pintu itu dia sangatkagum melihat sumber suara pelik tersebut.

Keterangan untuk Asal suara pelik itu adalah…:
Tapi maaf saya juga tidak boleh memberitahu kepada anda….
:
kerana kamu bukan ninja!
Hohoho 10000 X sorry!

(kredit kpd Isuhangat.net)

Berapakah jumlah bintang di langit?

Cerita ini adalah cerita ahli sufi di zaman dahulu. Ahli sufi ini namanya Nasruddin dan beliau tinggal di sebuah desa yang penduduknya memang mengenali Nasruddin sebagai seorang ahli sufi yg wara’.

Jadi, pada suatu hari, datanglah ke desanya 3 orang yg bijak pandai untuk bertanya soalan yang merumitkan kepada penduduk-penduduk desa dan mendesak untuk mendapatkan jawapan dan sampailah 3 orang ni di desa Nasruddin. Orang-orang kampung di desa Nasruddin awal-awal lagi mahu Nasruddin untuk menjadi wakil penduduk di kampung itu bagi menjawab soalan yang di aju oleh bijak pandai tersebut. Nasruddin dipaksa untuk menajwabnya dan orang ramai berdiri mengelilingi mereka untuk menyaksikan perbicaraan tersebut.

Orang bijak pertama bertanya kepada Nasruddin, “Dimanakah terletaknya pusat bumi ini?”
Nasruddin pun menjawab, “Tepat di bawah telapak kaki saya, wahai saudara.”
Bagaimanakah saudara boleh membuktikan hal itu..??”tanya orang bijak pertama.

“Kalau saudara tidak percaya, boleh saja saudara mengukurnya.” dengan tenang Nasruddin menjawab persoalan orang bijak tadi.

orang bijak yg pertama tadi diam membisu tidak menjawab. Soalannya dengan mudah dapat dijawab oleh Nasruddin. Sekarang ni, tibalah giliran orang bijak yg ke-2 utk bertanya. ” Berapa banyak jumlah bintang yg berada dilangit?”

Nasruddin pun menjawab, “Bintang-bintang yg ada di langit ini ialah sama banyak dengan rambut yg tumbuh di badan keldai saya ini.”

“Bagaimana saudara boleh membuktikan hal ini?” ujar orang bijak kedua tadi.

“kalau saudara tidak percaya, bolehlah saudara bilang rambut di keldai ini dan saudara akan menemui kebenarannya.” Nasruddin menjawab.

“Saudara bercakap macam percakapan kanak-kanak. Mana mungkin orang boleh menghitung rambut di badan keldai ini.”

“Ooo..Kalau saya macam budak-budak, mengapa saudara mengajukan pertanyaan sedemikian, bagaimana orang boleh menghitung bintang di langit.?”balas Nasruddin. Mendengar hujah dan jawapan daripada Nasrudin, orang bijak ke-2 pun terdiam dan kelu untuk melanjutkan pertanyaan yg lain.

Sekarang, tibalah giliran orang bijak yg ketiga untuk mengajukan persoalannya. Dikatakan orang yg ketiga ini ialah orang yg paling bijak di antara ketiga-tiga orang itu. Dia nampaknya sedikit terganggu dengan kecerdikan Nasruddin dan terus bertanya, “Nampaknya saudara tahu banyak hal mengenai keldai, tapi cuba saudara memberitahu saya berapa banyakkah bulu yg terdapat di ekor keldai ini.”

“Saya tahu jumlahnya,” pantas Nasruddin menjawab. “bulu yg terdapat di ekor keldai ini adalah sama banyak dengan jumlah rambut di janggut saudara.”

“Bagaimana kamu boleh membuktikan hal ini.?” tanyanya lagi.

“Ooo,,yg tu mudah sahaja.. Begini, saudara mencabut sehelai bulu dari keldai saya, dan saya mencabut sehelai rambut dari janggut saudara. Hah, kalau sama bilangannya, maka benarlah apa yg saya katakan, dan kalau tak betul, salahlah jawapan saya.” bijak jawapan dari Nasruddin.

Tentu sahaja orang bijak ketiga itu tidak mahu cara mengira yg sedemikian. Dan, orang-orang desa semakin yakin yang Nasruddin adalah orang yang paling bijak diantara empat orang itu.
Sekian.

Kesimpulannya yg kita dapat daripada cerita ahli sufi itu ialah tak semestinya soalan yg diajukan kepada kita dijawab seratus peratus dengan fakta. Ada kalanya kita perlu menggunakan logik akal untuk menjawabnya dan jawapan yg diberi adalah jawapan yg dapat diterima oleh akal yg sihat sejahtera.

Cerita di atas dapat dijadikan contoh dengan soalan oleh orang bijak kedua kepada Nasruddin. Bertanya mengenai jumlah bintang di langit. Mustahil utk kita menghitungnya kerana jauh dari kita dan yg paling tak logiknya amat banyak sehingga tak terhitung. Sedangkan pasir di pantai tidak terhitung, inikan pula bintang di langit yg tiada sempadan.

Sememangnya tak usahlah kita bertanya soalan2 yg pelik2 kepada orang lain hanya sekadar untuk menguji kepintaran orang dan mengatakan yg hanya kita yg bijak kerana orang lain tidak dapat menjawab persoalan yg kita kemukakan. Ingat, sekiranya kita sudah merasakan yg kita ini yg terpintar, terkuat ataupun ter semuanya, ada lagi orang yg lebih kuat, lebih pintar dari kita. Ingatlah kisah Nabi MUsa A.S dengan Nabi Khadir A.S.

source: http://mantiqo.wordpress.com/2010/10/14/berapakah-jumlah-bintang-di-langit/

Isnin, 19 Disember 2011

Karnival e-Government 2011

salam..
diz entry sy rasa nak bercerita bab keje plak. tetiba je kan. dah lama xbercerita dalam belog nie. as long as,sy busy sangat kebelakangan nie. busy dengan kerja and personal life. then baru-baru nie 15-17. 12. 2011 sy terlibat ngan Karnival e-Government,melibatkan semua agensi kerajaan di Kelantan. company sy salah satu anak syarikat kerajaan,so sy turut terlibat...

Ahad, 18 Disember 2011

Diam Itu Lebih Mulia

 

DIAM?? ada rahsia di sebalik nya

LEBIH BAIK MULIA dan LOW PROFILE

Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut adabnya.. kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat. Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..

Kata-kata hikmah berpesan :
“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”

Hikmah DIAM ini merupakan
•Ibadah tanpa bersusah payah
•Perhiasan tanpa berhias
•Kehebatan tanpa kerajaan
•Benteng tanpa pagar
•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
•Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
•Menutup segala aib.

Rasulullah juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat ABU NAIM )
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI )

Akhir kata kita sebagai manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang mulia. Bicara yang baik adalah lambang hati yang mulia dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia tersebut.

Selasa, 13 Disember 2011

Sebutir Kasih Sejuta Sayang

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُ
(✿◠‿◠).♥•♪♫♥♫(✿◠‿◠)(✿◠‿◠).

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ ❤•

... ♥ Ya Allah Yang Maha Pemurah...
Terima kasih kerana Engkau telah menciptakan dia
dan mempertemukanku dengannya.

♥♥ Terima kasih untuk saat-saat indah
yang dapat kami nikmati bersama.
Terima kasih untuk setiap pertemuan
yang dapat kami lalui bersama.
Aku hadir bersujud dihadapanMU Ya Rabb...

♥♥♥ Sucikan hatiku ini ya Allah,
sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana
yang telah Engkau tetapkan dalam hidupku..

♥♥♥♥ Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku...
Satukanlah kami dalam redhaMu,
bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seteguhnya...
berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk sentiasa di sampingnya..
menjadi iman/makmumnya dan bapa/ibu kepada anak-anak yang soleh..

♥♥♥♥♥ Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini...
lepaskanlahku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMU...
Allah yang Maha kekal, aku mengerti bahwa Engkau senantiasa memberikan yang terbaik untuk hambaMu ini..
luka dan keraguan yang aku alami, pasti ada hikmahnya.

❤ Sesungguhnya,aku memohon dengan sebenar-benar hatiku ini ya Allah..
Makbulkanlah doaku dan perkenankanlah permintaanku..

Amin ya Rabbal alamin


Pelindung Diri

salam...
entry nie sy nak story mory pasal PRUDENTIAL .pernah dengar x? of cos la pernah kan..actually sbelom nie sy buat xtahu jea sal insurans nie. malas nak layan coz kadang2 dorang nie jenis 'memaksa'. xbez la kan..sbelom nie xpernah terfikir pom fasal sakit demam,alah kalau demam biasa pom blh pegi klinik je kan...

sebut sal insurans,sbelom nie sy harapkan insurans opis je la. sebab opis yg cover insurans sy tu. then one day tu, sy terpikir balik. sampai bila nak harapkan insurans takaful opis tu je kan..bukan cover sumer pom. lagipom sy bukan nak keje lama pom kat ctu (dats the point..hehe).

so,sy n bf decide nak masuk insurans. kami decide Prudential sbb insurans nie terbaik. xde la mahal pom, RM150 je sbulan. xmahal jika nak dibandingkan kelebihan yg kita dapat..kira2 dalam RM5 je sehari tp dapat cover hidup kita. dengan RM150 sebulan tu dapat cover sgala jenis penyakit, seksok katakanlah (bukan mintak yea) kita sakit, insurans nie akan cover kos bil hospital kita. dah la cover bil hospital,dorang bagi plak kita duit untuk masuk wad kira2 RM350 sehari. sape nak bagi kita duit byk tu kan? so,kita dah xyah pkir lagi dah bil hospital,dah la hospital pakar plak tu..mampu ke nak bayar bil? hehehe..

bila kita dah xde seksok, parents or anak2 kita dapat duit pampasan dari insurans tu (berdasarkan nama pewaris). so,terjamin jgk hidup dorang bila kita dah xde kan..yg dah kawen tu blh la letak nama anak isteri..yg blom kawen letak la parents sbg wasiat,jgn plak letak nama bf or gf...hahaha

kepada sesiapa yg berminat n nak penerangan yg lebih lanjut,especially yg kat kelantan,boleh la contact kawan sy..

RAJA KAMARUL : 0145002008



Khamis, 8 Disember 2011

Asas Rumah Tangga Bahagia

isteri solehah Asas Rumah Tangga Bahagia
STATISTIK menunjukkan di Barat hampir 90 peratus rumah tangga berantakan kerana tidak mengikut acuan yang telah ditetapkan Allah SWT.
Tidak mustahil fenomena tersebut berlaku di negara ini apabila makin ramai yang membina rumah tangga dengan hanya mengikut nafsu dan tidak berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya.
Sebenarnya senario semakin membimbangkan ini telahpun dibuktikan dengan jumlah kes perceraian yang dilaporkan meningkat hari demi hari. Malah mengikut purata yang dikeluarkan oleh Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) seramai 77 pasangan Islam bercerai setiap hari.
Jumlah perceraian yang boleh dikategorikan kritikal ini mendorong penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya, Wan Akashah Wan Abdullah berkongsi asas-asas untuk membina rumah tangga bahagia.
Pasangan ini berkunjung ke Utusan Malaysia, Kuala Lumpur bersempena ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.
Asas 1
Menurut Siti Nor Bahyah, setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim. Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?
Bagi isteri, jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri. Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki. Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan, barulah rumah tangga ada asasnya.
Menurutnya, tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.
“Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah, untuk menguatkan iman di pejabat, pastikan kita berjemaah di surau pejabat dan isi masa dengan membaca al-Quran,” tambah Wan Akashah pula.
Asas 2
Perlu ada kasih sayang, cinta dan rindu.
“Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja. Nabi SAW berpesan, kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. Jadi jika ada suami yang mengatakan ‘abang sayang, cuma tak tunjuk saja’ maka itu tidak patut, kerana nabi ajar suruh tunjuk,” tambah Siti Nor Bahyah pula.
Sebagai ibu, haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.
“Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring di atas paha Saidatina Khadijah, jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri,” ujar Siti Nor Bahyah.
Asas 3
Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW, jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing. Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata, mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.
Kata Wan Akashah, isteri mesti memastikan suami makan dari masakannya supaya berkat.
“Sebab itu ustaz sendiri pun makan masakan yang ibu dan isteri masak. Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihannya, apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia,” jelasnya.
Asas 4
Tegas Siti Nor Bahyah, amanah dan tanggung jawab perlu dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.
“Anak adalah amanah, sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan. Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri,” tambahnya.
Asas 5
Setiap suami atau isteri mesti pastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan diberkati.
“Biar sedikit tapi mencukupi. Keberkatan itu amat penting. Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangannya. Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti kita akan tenang kerana mengikut suruhan Allah,” ujar Siti Nor Bahyah.
Asas 6
Pesanan yang paling penting ialah berbuat baiklah kepada ibu dan bapa. “Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu bapa kita, Insya-Allah anak-anak kita akan baik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia,” ujarnya.

Persiapan Diri Sebelum Kahwin



PERKAHWINAN adalah proses mematangkan diri seseorang kerana mereka akan melalui rencah kehidupan. Dalam perkahwinan, Islam meletakkan peraturan yang sesuai dengan fitrah manusia.
Islam melarang meninggalkannya sama ada kerana alasan ibadah mahupun keinginan untuk terus hidup membujang. Segala perasaan akan mula diuji apabila mula memasuki ke alam rumah tangga.
Pengalaman manis, gembira, bahagia, sedih, marah pasti akan dilalui. Semua cabaran itu menjadikan seseorang manusia yang lebih baik, berdikari serta sabar.
Paling penting dalam ikatan perkahwinan ialah pegangan agama yang kukuh.
Perkahwinan mengajar bersama saling menghormati pasangan, bersifat positif dan semakin kuat bekerja supaya rumah tangga yang dibina bahagia dan mendapat ketenangan.
Justeru, buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada individu atau pasangan yang bakal berumah tangga atau yang masih bujang dalam mempersiapkan diri dengan ilmu mengenai perkahwinan sebenar yang dituntut dalam Islam.
Ia mengupas dengan padat berkaitan perkara asas perkahwinan seperti panduan memilih calon sesuai, hak dan kewajipan suami isteri, kehidupan selepas nikah dan hikmah di sebalik perkahwinan itu sendiri.
Allah s.w.t menciptakan manusia berpasang-pasangan dan ditanamkan dalam diri mereka perasaan kasih sayang. Dari kasih sayang itulah manusia akan berkembang sehingga akan melahirkan generasi seterusnya.
Mereka yang memahami dengan penuh yakin rahsia perkahwinan akan berasakan ia bukan saja menyatukan dua hati tetapi yang lebih penting ialah dua keluarga yang berbeza latar belakang, budaya atau mungkin berbeza agama.
Oleh itu, bagi pasangan yang ingin berkahwin perlu memiliki ilmu dan kemahiran tinggi, bertolak ansur dan saling memahami perasaan pasangan dan keluarga masing-masing.

Bolehkah Suami Minum Susu Isteri ?

MINUM SUSU Bolehkah Suami Minum Susu Isteri ?
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.


homefamilysite http://homefamilysite.com/blog/bolehkah-suami-minum-susu-isteri/#ixzz1fvwBAa4e

Gaun Perkahwinan Twilight Beharga USD 35 000

Caroline Herrera

Pernahkah anda tengok citer Twilight Saga Breaking Dawn? I Like diz movie so much! 
dalam Breaking Dawn ada scene Bella dan Edward kahwin. Baju perkahwinan Bella direka oleh pereka fesyen terkenal Carolina Herrera. Carolina mengambil masa 6 bulan menghasilkan baju one of a kind ini. Ianya dibuat dengan renda Chantilly Perancis serta kain sutera crepe. Secara keseluruhan harga menghasilkan gaun ini ialah USD35 000. Jika anda tak mampu anda boleh beli versi replica dengan harga USD 799. Bezanya hanya pada kain yang digunakan. Kain satin digunakan instead of sutera crepe.


nice sangat2!!!!!


pic : credit to blog serius





  

JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU...




Oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyeduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”.

Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri-isteri yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi….

Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . 


Kerana itu.. seboleh-bolehnya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerana menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja-kerja yang dilakukan.. temani suami buat seketika untuk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata-mata.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknya.. .Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.

Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Jangan sesekali ambil remeh perkara begini.. biasarnya bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara untuk dia lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri.. sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu.. dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya.. Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan.

Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak-anak.. ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi… suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa di dahulukan. … Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.

Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada "pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram… dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.

Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang di rumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.
   

Rabu, 7 Disember 2011

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH...




Ingatkah dikau di mana dalam sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
"Kenapa engkau mengikutku?"
"Aku tertarik dengan kecantikanmu"
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang 1000 sesalan
Bila bungkusan merah diterima

Muslimat...
Contohilah wanita itu,
Bukan dengan mencungkil matamu
Tapi dengan menjaga peribadimu

Wahai muslimat...
Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara kepada lelaki yang bukan muhrim

Apakah engkau ini berani, menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya diciptakan Allah
Tertarik dengan keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis

Apatah lagi lelaki itu. yang engkau tahu cukup ego
menganggap wanita sebagai hidangan
Yang boleh dibelek-belek dan dipilih-pilih

Benar...
Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi keradhaan Allah
Dan keinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat...
Begitulah jalanmu
Begitulah perjuanganmu
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskanlah suaramu
Seriuskanlah ketegasanmu
Bila engkau di hadapan atau di belakang
Atau di kiri atau di kanan lelaki

Walau atas apa alasan sekalipun
Ketuk keegoan mereka
Bangunkanlah mereka dari mimpi
Jelaskanlah dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan adalah palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kebenaran...



Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...