Iklan Penaja

Selasa, 16 Oktober 2012

FADILAT MENCIUM ISTERI


Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, boleh menjadi bahagia. 

Gelap kesedihan, boleh menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama isteri.Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis: 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.

Mengapa? Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya … juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang … mungkin 1 dalam 1000. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini … cubalah anda bayangkan.

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri … adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari. Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda … sebelum kerja, anda menciumnya … pulang kerja pun anda menciumnya.

Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata … “saya sayang awak … dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”. Di situlah datangnya bahagia ~~~

Selasa, 9 Oktober 2012

Kehidupan Baru setelah bergelar ISTERI

Assalamualaikum...

Lama rasanya xupdate belog..skarang nie dah semakin busy setelah bergelar seorang isteri kepada seorang suami...alhamdulillah..jadual waktu dah bertukar 100%...rutin harian dah bertukar 100%...kadang-kadang susah untuk terima semua tu tapi alhamdulillah ak dah prepare dr awal lg..terima semua perubahan dengan hati terbuka..

Kalau dulu semua benda buat sorang2 je..sekarang berdua...semua nak kena kongsi even tuala sekali pun..mula-mula rasa janggal la jugak tapi lama-lama biasa je..lagipun dengan suami,bukan orang lain jugak kan..

Alhamdulillah sehingga n3 nie di post,ak dah sebulan lebih bergelar isteri..begitu cepat masa berlalu..pejam celik pejam celik dah jadi isteri orang rupanya...rasa macam baru semalam je kenal...syukur Allah temukan ak dengan orang yg dicintai...perkenalan selama 4 tahun rasa macam xdisiakan..

After kawen semua berubah tambah2 ak sekarang menetap bersama keluarga mertua...(insyaAllah sementara saja)..alhamdulillah family mertua baik2 semuanya...xrasa segan sangat berada dalam kalangan family mereka yg lain...hope hubungan kemesraan ini akan terus berpanjangan..insyaAllah..amin...

Rutin harian bangun pagi seawal 6.30 (paling lewat,klu x mertua tolong kejutkan..baik kan? hehe)..bangun,mandi n solate berjemaat bersama hubby..dalam kul 7.00 pagi kluar dr bilik..yg lain cbuk brsiap nk g skolah..maklumla mertua dua2 cikgu..dalam kul 7.30 prepare sarapan pagi untuk hubby..stakat nie xpernah miss melainkan dah set makan kat luar..alhamdulillah..hubby xbanyak songeh,makan ape yg ada..syukur...

Balik dari keje jam 5.00 petang klu xde nak beli ape2 or xkena amik adik ipar balik dr skolah,biasanya terus balik rumah..rehat2 sekejap sebab biasanya smayang zohor n asar kat tempat keje..rilex2,tdo jap then mandi n smayang maghrib berjemaah..lepas tu kluar ke dapur masak ape yg patut..ak xmahir memasak tp boleh la yg simple2..nasib baik family hubby xkisah makan ape pom...xpayah membazir masak banyak lauk..ak pom xpening nk pk nk masak ape..hehe


Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...