Iklan Penaja

Khamis, 15 Mac 2012

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Rabu, 14 Mac 2012

Bila Suami Puji Wanita Lain

“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” S...i suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.

“Oh. Di mana?” Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.

“Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat.” Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.



“Oh…” Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.

“Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit pipi dia je tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.

“Kalau sayang nak tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.

* * * * * * * * * * * * * * *

Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya Pakar Cinta mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh.

Sekuat mana pun seorang perempuan, sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari daripada perasaan cemburu.

Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejati menjadi pemangkin untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.

Oleh itu, kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan seromantik mungkin.

Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, kerana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki.




Selasa, 13 Mac 2012

Doa Buat Bakal Suami

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..
 

Ahad, 4 Mac 2012

10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu...


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

from Kelantan to Kedah with Love!!

 04032012.
salam Ahad,

Lamanya tidak bercerita trough belog nie. sekarang nie teramat bz dengan tugasan pejabat yang melampau, campur dengan stress dan masalah yang agak peribadi kebelakangan nie. hopefully everything gonna be fine. amin.

last week, 23-26.02.2012 family decide nak pergi melawat makcik yang sakit kat Alor Setar, Kedah. jauh perjalanan, so ak apply cuti untuk 2 hari, Khamis and Ahad. memandangkan ak skang menumpang rumah sepupu, kitorang gerak skali dari Kota Bharu ke rumah my parents kat Gua Musang sebab nak ke Kedah ikut Highway Cameron Highlands. bertolak khamis malam dari KB..so overnite kat umah family ak.



Jumaat. 24.02.2012. 08.30am. bertolak dari Gua Musang ke Cameron Highlands. perjalanan yang kira-kira sejam setengah untuk sampai ke Cameron Highlands. untungnya tinggal kat GM sebab dekat dengan Cameron. hehe. tapi xlame sangat kat CH, jauh lagi perjalanan untuk ke Kedah. so, sempat la sopim ape yang patut kat sana..then bertolak ikut highway Simpang Pulai, Perak.



tengahari tu singgah makan kat RnR Sungai Perak, style picnic sebab dah bawak bekal dari rumah. besh sangat2 bila ramai2. ak tambah nasi 2 pinggan. hahaha.


lepas tu, perjalanan diteruskan lagi. jauh lagi tuuuu. rasa perjalanan jauh yang amat. fenaaaatt. lalu ikut Perak, Penang and at last sampai jugak kat Hospital Alor Setar  dalam pkul 7.00 malam. masa tu spital dah nak tutup dah. tapi nasib baik guard conseder lagi sbb datang dari jauh. so, dia bagi masuk gilir2..kesian sangat ak tengok makcik ak sakit. sakit kencing manis, jari kaki dah nak kena potong, tambah2 dia sakit paru2.paru2 dia berlubang n dah bernanah pom. seram. semoga cik embong cepat sembuh. amin.


malam tu tido umah makcik kat Alor Setar. lama xjumpa sepupu2. besh sangat2. berkampung kat Kedah. dah lama xsampai Kedah. malam tu sumer tido awal, penat sangat jauh perjalanan. and the

Sabtu. next day, bangun pagi2 lagi untuk breakfast. after dat, ramai2 pegi Jeti Kuala Kedah. plan nak g Langkawi tapi xsempat sebab tengahari nak melawat makcik kat spital plak. so, bawak budak2 jalan2 tengok pantai kat Jeti. xleh g langkawi, tengok bot pom jadi la. hahaha.


tengahri tu melawat makcik plak sebelom bertolak balik. disebabkan ramai sangat budak2 bawak time tu, ak dipaksa jadi baby sitter. hahaha. lawak. sumer nakal2.

muka2 anak2 yang nakal tapi chumellll sangat2..

after kuar dari spital, kitorang pegi rumah spupu dekat kuaters polis Alor Setar..melawat dia yang baru lepas operate coz Breast Cancer. alhamdulillah dia dah smakin ok. hopefully sembuh sepenuhnya la..


rombongan cik kiah yang ramai giler. penuh satu rumah.,.hahaha...nie baru suku dari family. ramai lagi yang xdapa datang..tp happening sangat2...xtaw bila plak bleh berkumpul ramai2 camnie kan..after mlawat kazen, kitorang berkonvoi ke rumah sepupu yang sorang lagi kat Gurun plak..kazen yang memang dah lama lost contact. sejak ak xde lagi...sampai la ak dah besar panjang..:D



otw nak g Gurun, keta pakcik tetiba wat hal dekat atas highway. banyak kali jgk la brenti..nasib baik la smuanya slamat. sampai umah kazen petang tu, then lepas maghrib bertolak balik Kelantan ikut highway mula2 sampai dulu..Gurun-Simpang Pulai-CameronHighlands-Gua Musang-Ketereh-Kota Bharu..alhamdulillah semuanya selamat sampai...:)

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...