PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Ahad, 30 Januari 2011

[Emel dari PM]

LOL...cam xcayer jea PM antor emel wish Gong Xi Fa Cai...kompius...ktne dia dapat emel aku nie? heeee..
klu btol la PM yg antor,tabik spring ar.....memang 1 Malaysia la...amik berat sal rakyat...heeeee...
nie antara sedutan2 emel dari PM kita...huhuhu...


Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga
 



Salam 1Malaysia!

Happy Chinese New Year to all Malaysians who celebrate this auspicious event.

Each year as the season draws near I am reminded of the excitement and merriment I experienced as a child during Chinese New Year. Mum and dad would visit our Chinese friends, and I would always tag along. I always look forward to savouring the many delicacies, favorites being kuih kapit, kuih bangkit, pineapple tarts and "ngaku" crackers, with Mandarin oranges always on top of the list. A wide smile would cross my face when I received "angpows" from my parents' friends. Today, the celebrations have grown to include sate, ais kacang, mi rebus and maruku even!

May the Year of the Rabbit bring blessings of much happiness, good health and prosperity always. With new beginnings comes new opportunities and as we usher in the Lunar New Year, it is my sincere hope that you achieve success and satisfaction in all your undertakings. Your accomplishments are reflective of our nation's triumphs, and may we always excel beyond expectations!

Gong Xi Fa Cai!


From
Najib Razak & Family 

Selasa, 25 Januari 2011

[Suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya? ]

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

-----------------------------------------------------------------------

1.JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan : 
Assalamualaikum WBTH.Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.
Nota:1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)

SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam

#Barang-barang kemas daripada emas suasa#

Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. 

Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. (Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:

“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”

Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”

Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)

4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH

Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?

Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.

Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri KedahWALLAHUA'LAM

Isnin, 24 Januari 2011

[Pernikahan atau Perkahwinan]

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa A'isyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karramallahuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..


Rabu, 19 Januari 2011

[Facebook]

hadoiya.....facebook telah bertukar lor....automatik plak tu...frustnyeee....xbesh..xbesh....huk3..
nk yg dlu jugak...!! hahaha



erm...facebook skang dah byk perubahan..dgr2 citer k tutp plak!! btul ke ura2 facebook nak tutp 15 Mac nie?
erm..nape 15 Mac? nape x 24 Mac jea? kan besh kalu 24 Mac...hehehehe...
xkisah la facebook nk tutup ke ape ke..yg penting kita kena meneruskan kehidupan cam biasa....


Ahad, 16 Januari 2011

[Kebiruan di PCB]

santai...lame siot rasenye xg PCB..ade la dlm 3,4 bulan.....huhuhu...
rindu hempasan ombak...
rindu bisikan angin yg bertiup sepoi2 bahasa (ayat sastera)....hehe
jeng..jeng...kali nie spent time berdua kat PCB...
terasa romantika de amour gtu...hakhakhak...


hahaha..jum geledah pika2 yg sempat di snap...agak ketololan bersama terchenta di hari itu.....

bersama terchenta...

encik kekasih...

tolol...

luv u much more...

hehehe...


the hottest model of the year....hohoho..


hohoho...


i luv dizzzzz....

sekian...wassalam....

Khamis, 13 Januari 2011

[Doa Seorang Perempuan]

untuk panduan kita bersama kaum wanita......=)

  • Doa perempuan lbh makbul drpd lelaki krn sifat penyayang yg lbh kuat drpd lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah akn hal trsebut, jwb baginda, "Ibu lbh penyayang drpd bapa dan doa orang yg penyayang tdk akn sia-sia".
  • Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  • Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  • Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.




[Sweet 22 my Luv]

wish happiest besday to my luver Muhammad Syafiq bin Shabri....
besday ke 22 taun suda....pada 12.01.2011
smoga panjang umo, murah rezki, dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t.....
smoga ape yg diimpikan menjadi kenyataan...
Luv u so much my dear...

Khamis, 6 Januari 2011

[Bila Kita Minat Dia]


Saya percaya semua orang mest ada crush kt sesorng kn??
bila kite mnat kat org tu kita slalu buat yang kat bawah2 nie..tp sy xcamtu yea! hehehe..

1) kte asyk brharap dia mncul dpan kite..kite dok bce jampi serapah mntak2 kita dapat jmpe dia.haha..

2) Pstu kalo dia lalu sbelah kte,kite mula pura2 xnmpak tapi dalam hati ‘aish…cepat la tego..ak dah jln punya slow ni’..haha..ak tau korg mmg cmni sbb ak la slh sorg tu..

3) bile dia tego kite,dpan dia mke maintain je..tnye dia cm kwan bese je..pas dia pergi je..peh..kalo ad krusi dpan korg,cnfirm patah sbb korg sepak..hehe..punye la happy pdahal dia just tnye ‘watpe tu’…

4) tapi bile dia xtego kte,mula la..masuk blik mke cam mati laki..mula pkir ‘nape dia xtego ak td..nk kata xnmpak,dh lalu sbelah..ke dia tau ak ske dia,dia xnak lyan ak..ke dia…..or dia…..’.mule la korg pkir ap sebab dia xtgor korg...=P

5)lagi 1,kalo korg ske kat dia,mle la kwan2 korg jd mngsa..lg2 yg mne rapt ngn korg..tiap2 hari nak cte..brdarah telinga kwan2 korang tu..roommate lagi r..cm orang gila kite brcerita tp kwan2 kite baik..walaupun dah tau jlan cte tu,diorg tetap dengar..heeee...

6)bila waktu cuti sem,peh..lagi r..dah r xleh tgk mke dia..seb baik ad fb~connecting people..haha..tp ble dia on9,xtau nk tgo pe..so,korg tgk jela..ble skali dua nak tego hai boleh tahan lg..tp kalo tiap2 ari nak tego dulu,kite pun rse segan..so trpksa la tahan hati..

7) apa status dia kat fb,smua nk like..bile status dia sedih,mule kte tnye dia..tp plg sedih kalo status dia pasal orang lain..dan psal hati dia kt pmpuan lain..nk mrah xleh,nk like pon xleh..tgk je la..pstu amek bntal..tutp muke pastu jerit..

8)tp ble dia komen2 dgn kwan2 dia,n dia brsungguh kata yg dia still single,mula r..snyum xnmpk mata..even kte tau mybe dlm hati ad org..tp kte ttp wat xtau..slagi mulut dia xkate sndiri,slagi tu kita ttap anggap dia single..

9)kalo kite nmpak brang2 yg dia ske,kte pun jd ske kat barang tu..dia ske minum air oren brand X,kite pun ske..asal g koop je,nk bli air,amek ape yg dia ske..ble nk ble ice cream pon ingat dia..tp ble kite nk bli asam ttbe tringat dia bese kate ‘makan asam xelok..xyah bli’..trus xjadi nk bli..mak kte punya la payah pujuk kte jgan mkan asam,dia ckp cmtu je trus dgr~tp ble dpan dia,trus g bli asam..saje nk attntion dia..

10)last skali r..korg msti brharap 1hari korg leh confess kt dia..n dtrima..tp untuk mse skrang korg hnye tgk dia dari jauh je*yg dkat tu ok la*..macam kwan2 saya kate ‘g je la cnfess kat dia’..ape diorg ingt ak cnfess ni cm nk bli gula2..sng2 je~kena r ada azam yg kuat,mke tebal baru leh cnfess..

So, kpada ssiapa yg ad crush tu r,sye sgt pham prasaan n keadaan korang..tp yg pnting kita kne la syg lbih kt yg kat atas,THE ONLY ONE..n also kite nyer FAMILY..



Sabtu, 1 Januari 2011

[Konsert Wali Band-Cakna Palestin]

disini i nak story mory sal Konsert Cakna Palestin....Wali Band...huhuhu...Congrates la kat Wali Band coz satu2 nya band yang dibenarkan membuat persembahan di Kelantan..walau ape pom konsert tu memang gempax! Luv u Wali Band! hehehe


 seperti biasa....dan akan terus begini selamanya...InsyaAllah...hehehehe

so happening...wif my yayang...

wif my lil sis..


bukan masuk percuma yea..so orang2 berbayar saja bleh msuk..hehehehe.
btw thanx sgt2 yang xterhingga kat penaja tiket ak nga my bf...thnx alot!
next konsert kasi free lagi yea! hahahaha...





[Tahun Baru 2011]

[salam..hye guys..Selamat Tahun Baru 2011....Akhirnya 2010 berakhir jua dengan penuh seribu kemanisan dan kepahitan serta pengajaran...semoga tahun 2011 akan lebih memberikan kita kejayaan,kebahagiaan, dan semoga segala impian akan tercapai..kepada yang tak matang tu,semoga lebih matang...hahahaha...


 so...ape ek azam untuk tahun nie? erm...azam yang tahun lepas Alhamdulillah ada yang tercapai...hope tahun nie sumer azam2 yang tahun lalu akan tercapai....heeeeee....




Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...