PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Sabtu, 30 Julai 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
p/s : alhamdulillah setakat nie semuanya ada....:-)

Ramadhan Bulan Penyucian Jiwa


Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsibuat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.
Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.
Tetapkan Taqwa
Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.
Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.

Jumaat, 29 Julai 2011

yeay! kena dengan jiwa..

hey peeepss!
untuk yg ke sekian kalinya ak rasa kena dengan jiwa..
masuk dengan jiwa..
apakah?
hahaha...
dah lame x menggila..burim sangat malam nie..
novel "OMBAK RINDU" dah habis ku baca utk yg keberapa kali entah..
sjak zaman skolah menengah lagi..
tp tu la ak..xpernah nak ingat jalan cerita walaupom baca byk kali. hahahaha
ak bukan nak citer pasal novel romantik..
tapi nak citer sal lirik lagu nie haa...


Lirik Lagu Colbie Caillat I Do Testo Letras

It’s always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody’s other half
I was happy to say that our love wouldn’t last
That was the only way I knew to that you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I’m not playing games
I promise I won’t turn around and I won’t let you down
You can trust and never feel it now
Baby there’s nothing, there’s nothing we can’t get through
So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won’t live without it, I won’t let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I’m old and sit next to you.

And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won’t live without it, I won’t let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you

owh..lagu nie betul2 kena dengan jiwa ak saat ini dan tika ini..
terima kasih!
malam nie boleh tido dgn aman..
sambil hayati lagu nie..
terbaik la colbie!




Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga 2012 yg cute...

diz nite ak story sal duit syiling..
actually tetibe ak teringat sal duit syiling 50sen yg ak dapat ari tu..
duit syiling lama..yg terbelah dua tu..
ak simpan la duit tu..
pastu tetibe teringat nak buka web bank negara..then pas buka web tu terjumpa la duit syiling baru yg akan keluar 2012 kot. kalo xclap ak la..



50 sen : Sulur Kacang
20 Sen : Bunga Melur
10 Sen : Orang Asli Motif
5 sen : Destar Siga




cantik kan? lain dari yg lain..nie baru la up to date ckit..hehehe
xsabar nak tunggu duit syiling baru tu keluar...
tp dapat yg baru,yg lama jgn dilupakan pulak yea...
:D

Rabu, 27 Julai 2011

(^_~)

Haritu kite jalan sekali,
bez kan jalan sambel bgurau..
Tp lg bez bile awak kasi adiah tu,
tu lar adiah paling saye tak boley lupe..
Senyoman manis awak..
Esok2 bile saye xley jalan,
saye nak awak iringi saye,
mase nie saye dah xboley nak pggl awak mcm slalo,
awak yg kena datang...
Mase nie gak saya nak adiah lg tp saye dah taknak senyoman awak tu..
Saye nak Al-Fatihah..
Awak bacekan tuk saye ekh sbb saye dah xboley bace sdiri..
Pastu,
bile ader owg letak saye bawah papan,
awak jgn nanges @ cari saye sbb saye dah xboley tego awak..
Janji ek!!! Love 4ever.. (^_~)


kenangan zaman belajar..hehe

Bila cgu tiada dlm klas : 
Bila cgu panggil : 
Bila kena hadiri kokurikulum : 
Bila waktu rehat : 
Bila dapat omwprk dari cgu : 
Bila tengah cari idea untuk wat krgn :
Bila omwork yang cgu bagi susah nak buat : 
Bila otak jam... : 
Bila mber banyak songeh dan berlagak pandai : 
Bila mber tukar fikiran saat akhir : 
Bila cgu suruh stdy lebih masa : 
Cgu suruh datang skola waktu cuti ada tuisyen 'urgent' : 
Bila dah terbuat silap pada omwork yang cgu bagi :

Bila dapat CUTI : HAPPENING!!!

salah paham yg ke sejuta kalinya...

hmmm..salah paham atau memang xnak paham?
dua perkataan yg sangat berbeza..
dan mempunyai maksud yg berbeza..
tp manusia yg susah nak paham..(agaknye mkn semut byk sgt kot)...membuatkan benda tu jadi salah paham yg teramat sangat..
sehinggakan ada yg perasan...
perasan ape?
sendiri ingat yea...hehehe


seandainya anda2 di luar sana membaca statement camni, adakah anda terasa hati?
rasanya statement nie xspecific tuju kat sape2..
klo xclap sy, sy xde nak tulis nama sape2..hanya gurauan semata2 bersama teman baik..
xhingin pom amik tahu sal org!
hanya anda yg suka berprasangka buruk saja terasa hati dgn statement nie...
buat apa nak terasa hati jika anda2 diluar sana bukan jenis camtu..
bak kata pepatah, siapa yg makan cili dia yg akan terasa pedasnya...
sedarlah kita semua...duit,kuasa dan pangkat xbawa ke kubur..
childish sguh...
bila duit, kuasa dan pangkat yg diutamakan, manusia jadi buta hati..
buta dari segala suruhan dan larangan Allah..
ada sape2 di luar sana x puas hati dengan sy?
sila kemukakan secara berdepan dgn saya..
sy bukan jenis childish..
sy bukan yg berani mengata di belakang, hakikat di depan pengecut..
sy bukan jenis baling batu tangan sembunyi..
sy suka berterus terang..
xbaik memburuk2 kan orang di blakang..
xbaik membuka aib orang..
di Akhirat kelak, aib anda sendiri akan dibuka utk tontotan umum..
begitu banyak khilaf yang anda lakukan..
sampai x terkata..
dosa memfitnah lebih besar dari membunuh..
ke sejuta kalinya sy berbesar hati ingin mengatakan..
"SAYA TIDAK AKAN MEMAAFKAN ANDA HINGGA AKHIR HAYAT"
melainkan sy mendapat petunjuk dan dibukakan pintu hati oleh Allah s.w.t utk memaafkan anda..

ditujukan khas buat anda2 yang :

anda seorang yang suka memfitnah
suka buruk sangka..
suka memutuskan silaturrahin sesama saudara islam..
suka melihat permusuhan antara satu sama lain..
suka baling batu tangan sembunyi..
anda yg batu api dan batu loncatan serta sgala jenis batu..
anda yg suka membuka aib orang..
anda yg suka memburuk-buruk kan org walhal anda lg teruk..
anda yg gilakan pangkat dan kuasa.
anda yg suka mengambil kesempatan..
anda yg mengambil rezeki orang lain..

Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." 
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Memutuskan silaturrahim menyebabkan seseorang memperoleh hukuman dengan segera ketika berada di dunia lagi. Sebagaimana  diterangkan dalam sebuah hadis daripada Abu Bakar ra. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
semoga Allah menjauhi kita dari semua perlakuan diatas...
p/s : maaf ye klu anda terasa hati..sy tulis hanya utk renungan bersama...

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...