hohoho..i like drama Chinta...(but not Fasha Sandha Okeyh)...so,kt cni sy nak share drama tu dgn korang2 yg suka citer nie jgk...hehe..sy dapat dari Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga ....thnx bang! jum mendload.... 
Drama Chinta berkisar pergolakan hidup dan percintaan seorang gadis jelita yang terjebak dalam kancah pelacuran.
Chinta satu nama kepada gadis cantik yang tidak asing di kalangan elit  yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah dan bijak.  Chinta tahu menggunakan aura tarikan dan kelebihan dirinyanya untuk  memikat ramai lelaki yang hanya mahukan tubuhnya. Namun, Chinta tidak  akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia  tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu,  tetapi hanya buat seketika.
Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupukupu malam  walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib  dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah  terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.
Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu Amar, seorang bodyguard kepada  seorang pelanggan tetap Chinta. Amar dirasakan tidak sama seperti  lelaki yang pernah ditemuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi  jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia  perempuan lain. Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal dunia  ketika dalam perjalanan ke majlis pernikahan mereka.
Setahun Chinta mengurungkan dirinya kerana belum bersedia untuk  menghadapi dunia yang telah merampas cinta miliknya. Chinta kembali  bagaikan menjadi puteri dari kayangan yang menghiasi mimpi indah jutawan  hidung belang tetapi dia bersumpah untuk tidak lagi membiarkan dirinya  mengharungi kesakitan diharungi setelah kehilangan Amar.
Suatu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia  ditangkap khalwat. Alangkah terkejutnya apabila pertamakali bertemu  Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Cuma bezanya Rasul  Iman bersongkok dan lebih kepada keagamaan. Chinta nekad, dia harus  memiliki Rasul Iman yang dianggapnya sebagai peluang kedua untuk dirinya  mengecapi kebahagiaan sebagai seorang isteri yang halal. Nak tahu lagi,tgk la sendiri link kat bawah nie....hahaha

selamat mendownload......=)
~Chinta Chandury...hohoho...~
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan