Iklan Penaja

Ahad, 23 September 2012

Kelantan hanya bernilai seringgit (RM1) ???



Hujung minggu lepas saya pulang ke kelantan, adik bradik dan kawan-kawan lantas memberitahu satu 'ideologi' baru, lihatlah pada belakang wang kertas seringgit, terdapat gambar wau bulan dan pantai yang melambangkan negeri kelantan. Sedangkan wau adalah salah satu warisan tradisi dan tarikan pelancong ke negara ini! Tapi sanggup di gambarkan hanya dengan wang kertas seringgit, murahnya nilai negeri Kelantan..


Dan ini jawapan saya...

Nilai wang memang di ambil kira, tetapi yang lebih utama adalah ke tangan mana nilai itu jatuh. Mungkin nilai seringgit tidak secantik RM10, RM50, mahupun RM100, tetapi nilai RM1 itu di sambut oleh pelbagai tangan, di tangan orang2 bawahan dari pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis sehinggalah yang bergelar datuk dan datin. Ketahuilah walaupun bernilai RM1, tetapi RM1 selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, tdk dipandang kerana sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat. ITULAH KELANTAN PADA MATA SAYA.

Jd janganlah kita pandang sebesar mana nilainya, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan (besarnya nilai) bukanlah utk kesombongan!!

p/s : Pandanglah pada sudut posotif! Kita anak muda, fikiran perlu lebih kreatif dan terbuka.. Mungkin status ini remeh pada anda, tapi tidak kepada saya kerana pemikiran perlu di jernihkan dari unsur negetif, barulah melahirkan tindakan yang proaktif dan produktif

I LOVE KELANTAN!!!

thanx to FB Ahmad Aizat

1 ulasan:

  1. Gambar wau dan pantai yang terdapat di wang kertas RM1 tidak ada kena mengena dengan Kelantan. Jangan salah faham. Terdapat jugak gambar Gunung Kinabalu, Sabah di situ.

    BalasPadam

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...