PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Khamis, 8 April 2010

~my Educations~

aku mendapat pendidikan awal di Tabika An-Najah...kemudian masuk tahun satu kat Sekolah Kebangsaan Chalil sampai la tahun enam..UPSR..

Kemudian belajar ke peringkat lebih tinggi ckit kat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, Gua Musang Kelantan...Form 1 sampai la tengah2 form 4 tahun 2005..form 1&2  Kemboja, form 3 Anggerik then 4 Amanah...masih diingat nama kelas2nya..hikhik....tahun 2004 aku amik PMR kat sekolah nie dan mendapat keputusan yang tak berapa nak cemerlang...hehehe

kerana mendapat keputusan PMR yang tidak berapa nak cemerlang tu la dan kerana asyik tergila-gilakan sukan Sofbol, aku dipindahkan sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi, Kuala Krai, Kelantan...abah kata demi menjaga keselamatan...ada kaitan ke? hanya aku saja yang tahu..hehehe...
kat sekolah baru nie la aku belajar benda baru dengan sikap baru yang lebih skema, lebih berdisiplin dan orang kelantan kata lebih 'juruh'...hekhekhek...aku ditempatkan di form 4 & 5G...G stand for Geografi...bdk2 geo la kiranya aku nie..padahal blaja tah ape2 ntah..hehe..tahun 2006 aku amik SPM and alhamdulillah walaupun bukan jadi best student at least gred 'A' terpapar indah di Sijil SPM..hikhik...


form 5G (Geografi) 2006 Sek Men Keb Pahi

selepas bertarung dalam SPM dan mendapat keputusan yang agak boleh la wat cari makan, aku melanjutkan pendidikan ke sebuah kolej swasta..tak mampu nak ke kolej atau universiti kerajaan kot..hehehe
kolej yang bertuah ade seorang student seperti aku yang aku maksudkan itu adalah Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint atau nama mat salehnya Cosmopoint International College of Technology (CICT)...hehehe...

kolej nie antara kolej yang paling pemes...hehehe...
masa kat kolej nie aku amik Diploma in E-Secretaryship....nak jadi setiausaha la konon2 walaupun hakikat sebenar tak minat langsung..hehehe..
alhamdulillah setelah bertungkus lumus akhirnya aku berjaya tamatkan pengajian di peringkat Diploma...walaupom hanya diploma, rasa bangga tetap terasa..hehehe..
syukur alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...