PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Selasa, 16 Oktober 2012

FADILAT MENCIUM ISTERI


Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, boleh menjadi bahagia. 

Gelap kesedihan, boleh menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama isteri.Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis: 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.

Mengapa? Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya … juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang … mungkin 1 dalam 1000. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini … cubalah anda bayangkan.

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri … adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari. Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda … sebelum kerja, anda menciumnya … pulang kerja pun anda menciumnya.

Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata … “saya sayang awak … dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”. Di situlah datangnya bahagia ~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...