PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Selasa, 3 September 2013

Tahnik


Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah...
Syukur sangat2...
Apa yang dihajati tercapai...
semoga 
MUHAMMAD RAFA DARWISH BIN MUHAMMAD SYAFIQ 
membesar dengan sihat 
 menjadi anak yang soleh,
anak yang baik,anak yang mendengar kata,
anak yang membahagiakan ibu bapa 
anak yang berbakti kepada ibu bapa...
Mama n Papa Love U soooo muchhhh....


Bila Rafa baca Mama nak Rafa tahu,
Papa selalu berhajat nak bawak Rafa bertahnik dengan Tok Guru..
Sejak mama mula-mula mengandungkan Rafa lagi..
Bertahnik tu klu Kelate lebih kurang 'bercukur' atau 'belah mulut'
Tokbah Lundang selalu tengok video org yg bawak anak bertahnik dengan Tok Guru


Papa dengan Tokbah bangun seawal 4.30 pagi
semata-mata nak smayang subuh di masjid berdekatan rumah Tok Guru
sambil bawak Rafa bertahnik dengan Tok Guru

mana tahu keberkatan Tok Guru membuatkan Rafa menjadi orang yg berguna
Setiap Subuh Tok Guru ada di masjid tu
Masjid Pulau Melaka..
Kalau xsilap mama hari ke tujuh Rafa keluar ke Dunia..
Pagi hari Selasa..

Alhamdulillah hajat papa selama ini tercapai...
Mama lega, gembira tengok muka papa yg tenang..
Papa nampak lega sebab hajat dah tercapai..
Papa Bahagia, Mama Bahagia...

Rafa nak tahu sape Tok Guru?
Mungkin Rafa dah besar nanti Tok Guru dah xde kat dunia nie...
Sebab sekarang Tok Guru dah tua, dah xlarat..selalu sakit-sakit..umur pun dan lebih 80 tahun..
Tok Guru adalah bekas Menteri Besar Kelantan,
Tok Guru adalah seorang ulamak yang terkenal..
Tok Guru baru bersara dari MB
tahun 2013 tahun Rafa dilahirkan..
Tok Guru disayangi ramai sebab sikap nya yang sangat merendah diri..
sangat arif dalam bab2 agama..
semua orang hormat Tok Guru
semua orang sayang Tok Guru..
nanti mama share Biodata Tok Guru..
mana tahu boleh dijadikan assignment Rafa bila besar nanti...
hehehe...

Mama dah banyak kali jumpa dengan Tok Guru
sebab mama kerja bawah kerajaan Negeri Kelantan
Tok Guru seorang yang sangat2 merendah diri
Mama rasa bertuah sebab selalu jumpa dengan Tok Guru, dapat tengok dia dari dekat
Sedangkan ramai yang xberkesempatan
Walaupun sering dihina tapi Tok Guru tetap tersenyum
Mama xfaham kenapa orang membencinya..
sedangkan orang membencinya
xpernah kenal
xpernah jumpa
xpernah cakap dengan Tok Guru
Alangkah ruginya orang itu...
BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Tahun Lahir
1931

Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan

Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi
10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab

Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-sekarang (2013) – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.

Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun. (2013)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...