PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Khamis, 8 Disember 2011

Persiapan Diri Sebelum Kahwin



PERKAHWINAN adalah proses mematangkan diri seseorang kerana mereka akan melalui rencah kehidupan. Dalam perkahwinan, Islam meletakkan peraturan yang sesuai dengan fitrah manusia.
Islam melarang meninggalkannya sama ada kerana alasan ibadah mahupun keinginan untuk terus hidup membujang. Segala perasaan akan mula diuji apabila mula memasuki ke alam rumah tangga.
Pengalaman manis, gembira, bahagia, sedih, marah pasti akan dilalui. Semua cabaran itu menjadikan seseorang manusia yang lebih baik, berdikari serta sabar.
Paling penting dalam ikatan perkahwinan ialah pegangan agama yang kukuh.
Perkahwinan mengajar bersama saling menghormati pasangan, bersifat positif dan semakin kuat bekerja supaya rumah tangga yang dibina bahagia dan mendapat ketenangan.
Justeru, buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada individu atau pasangan yang bakal berumah tangga atau yang masih bujang dalam mempersiapkan diri dengan ilmu mengenai perkahwinan sebenar yang dituntut dalam Islam.
Ia mengupas dengan padat berkaitan perkara asas perkahwinan seperti panduan memilih calon sesuai, hak dan kewajipan suami isteri, kehidupan selepas nikah dan hikmah di sebalik perkahwinan itu sendiri.
Allah s.w.t menciptakan manusia berpasang-pasangan dan ditanamkan dalam diri mereka perasaan kasih sayang. Dari kasih sayang itulah manusia akan berkembang sehingga akan melahirkan generasi seterusnya.
Mereka yang memahami dengan penuh yakin rahsia perkahwinan akan berasakan ia bukan saja menyatukan dua hati tetapi yang lebih penting ialah dua keluarga yang berbeza latar belakang, budaya atau mungkin berbeza agama.
Oleh itu, bagi pasangan yang ingin berkahwin perlu memiliki ilmu dan kemahiran tinggi, bertolak ansur dan saling memahami perasaan pasangan dan keluarga masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...