PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Iklan Penaja

Ahad, 8 Disember 2013

19 TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Pilihan 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu


berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin. 

Pilihan 2:
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

Pilihan 3:
Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Pilihan 4:
Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Pilihan 5:
Ambil lengkuas padi/helang/ ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Pilihan 6:
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Pilihan 7:
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Pilihan 8:
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Pilihan 9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.

Pilihan 10:
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

Pilihan 11: 
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

Pilihan 12:
Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.

Pilihan 13: 
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Pilihan 14: 
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Pilihan 15: 
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 16: 
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Pilihan 17: 
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam - 3 jam kemudiannya. 

Pilihan 18: 
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut. 

Pilihan 19: 
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
 

Rabu, 20 November 2013

4 month already

Syukur Alhamdulillah...
dalam ak cbuk2 menjalani rutin harian baru sampaikan xsempat nak hupdate blog...Allah bg kenikmatan menjadi seorang ibu, nikmat menguruskan suami dan anak...betapa cbuknya ak dengan rutin harian...balik ofis main dgn anak jap sambil2 rest then mandi n smayang maghrib,after that terus masuk dapur...day by day itu je rutin ak...melainkan weekend or public holiday or cuti yg 'disengajakan'...kui3

Sedar xsedar,usia my baby dah masuk 4 bulan on 3/11/13 hari tu...alhamdulillah dapat tengok anak membesar depan mata...skarang ni Rafa dah boleh meniarap...dia start meniarap masa umo 3 bulan, seingat 2/10/13...pagi tu ak n hubby bagi ubat kat dia sbb msa tu bru kluar wad,dlm tempoh kuarantin lg la..dalam dia xnak makan ubat tu,sedar xsdar sampai blh meniarap...happy xterkata...nanti ada msa ak update vid tu...

Seakrang ni Rafa dah boleh meniarap sepenuhnya tp xpandai lg nak patah balik/xpandai lg nak terbalikkan badan...samada xberani or malas yg tu xpasti...hehe...yg penting dia suka ketawa,suka tersenyum...senang sangat klu ada org agah...bak kata org2 tua,mulut manis..hehe

Bahagia bila tengok anak sihat wallafiat...macam mimpi jer Allah anugerahkan ak seorang anak yg sangat2 menyenangkan hati semua org...berat Rafa skarang dah 7.8kg...

#Next entry ak cite pasal Masuk Ward tu okay!...salam...


Selasa, 22 Oktober 2013

Selasa, 3 September 2013

Tahnik


Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah...
Syukur sangat2...
Apa yang dihajati tercapai...
semoga 
MUHAMMAD RAFA DARWISH BIN MUHAMMAD SYAFIQ 
membesar dengan sihat 
 menjadi anak yang soleh,
anak yang baik,anak yang mendengar kata,
anak yang membahagiakan ibu bapa 
anak yang berbakti kepada ibu bapa...
Mama n Papa Love U soooo muchhhh....


Bila Rafa baca Mama nak Rafa tahu,
Papa selalu berhajat nak bawak Rafa bertahnik dengan Tok Guru..
Sejak mama mula-mula mengandungkan Rafa lagi..
Bertahnik tu klu Kelate lebih kurang 'bercukur' atau 'belah mulut'
Tokbah Lundang selalu tengok video org yg bawak anak bertahnik dengan Tok Guru


Papa dengan Tokbah bangun seawal 4.30 pagi
semata-mata nak smayang subuh di masjid berdekatan rumah Tok Guru
sambil bawak Rafa bertahnik dengan Tok Guru

mana tahu keberkatan Tok Guru membuatkan Rafa menjadi orang yg berguna
Setiap Subuh Tok Guru ada di masjid tu
Masjid Pulau Melaka..
Kalau xsilap mama hari ke tujuh Rafa keluar ke Dunia..
Pagi hari Selasa..

Alhamdulillah hajat papa selama ini tercapai...
Mama lega, gembira tengok muka papa yg tenang..
Papa nampak lega sebab hajat dah tercapai..
Papa Bahagia, Mama Bahagia...

Rafa nak tahu sape Tok Guru?
Mungkin Rafa dah besar nanti Tok Guru dah xde kat dunia nie...
Sebab sekarang Tok Guru dah tua, dah xlarat..selalu sakit-sakit..umur pun dan lebih 80 tahun..
Tok Guru adalah bekas Menteri Besar Kelantan,
Tok Guru adalah seorang ulamak yang terkenal..
Tok Guru baru bersara dari MB
tahun 2013 tahun Rafa dilahirkan..
Tok Guru disayangi ramai sebab sikap nya yang sangat merendah diri..
sangat arif dalam bab2 agama..
semua orang hormat Tok Guru
semua orang sayang Tok Guru..
nanti mama share Biodata Tok Guru..
mana tahu boleh dijadikan assignment Rafa bila besar nanti...
hehehe...

Mama dah banyak kali jumpa dengan Tok Guru
sebab mama kerja bawah kerajaan Negeri Kelantan
Tok Guru seorang yang sangat2 merendah diri
Mama rasa bertuah sebab selalu jumpa dengan Tok Guru, dapat tengok dia dari dekat
Sedangkan ramai yang xberkesempatan
Walaupun sering dihina tapi Tok Guru tetap tersenyum
Mama xfaham kenapa orang membencinya..
sedangkan orang membencinya
xpernah kenal
xpernah jumpa
xpernah cakap dengan Tok Guru
Alangkah ruginya orang itu...
BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Tahun Lahir
1931

Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan

Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi
10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab

Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-sekarang (2013) – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.

Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun. (2013)




RAFADARWISH

Kenapa RAFA DARWISH?
Kenapa pilih nama tu?
Ape maksud nama tu?

Ade kaitan dengan RAFAel Nadal ke?
Ade kaitan dengan RAFA Benitez ke?


hurm...bukan senang nak bgtaw semua orang kenapa ak n hubby pilih nama tu..even parents ak n mertua ak pom tanya..dikesempatan ini, meh ak jelaskan kenapa dan mengapa dan bagaimana yer...hahahahaah

MUHAMMAD RAFA DARWISH...cantik x nama tu? cantik takkkkkkk? hahaha...ok la actually encik hubby dah lama berkenan nama tu..sjak pregnant lg...hampir semua DP kat facebook or kat mana2 ada nama RAFA xpom logo RAFA...ada yg perasan dan ada yg tidak...nama RAFA itu unik...simple tp sdap didengar n most important jarang sangat2 org letak nama tu...lain dari yg lain...so i hope anak ak esok2 menjadi anak yg unik dan lain dari yg lain, terbaik untuk segalanya...insyaallah..amin...

MUHAMMAD
Ummat nabi Muhammad s.a.w

RAFA 
Bahagia (berharap agar anak kami menjadi anak yg slalu membahagiakan ibubapa n org2 sekeliling)

DARWISH 
Yang Warak (berharap agar anak kami menjadi seorang yg berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama n menjadi ank yg soleh walaupun bukan bergelar seorang ustaz atau ulamak, sekurang-kurangnya dpt membimbing adik2, isteri n anak2 dia utk kemudian hari...berharap agar dia dapat membantu kedua ibu bapa di akhirat kelak..)

Besar sungguh harapan kami..setiap ibu bapa mahukan yg terbaik utk anak2 kan? so, hanya mampu berdoa utk yang terbaik...moga2 ank kami menjadi yg sempurna di mata kami, dimata masyarakat dan terutama skali sempurna dimata Allah...insyaallah..amin..

We LOVE u RAFADARWISH!!!


Rezeki dari Allah

Entry ni sepatutnya ak ceritakan 2 bulan lepas tp disebabkan kekangan masa, terpaksa la ak postpone dlu entry2 yg sudah tersedia ku catat untuk di tulis...Kali ni ak nak ceritakan pengalaman ak disaat-saat kelahiran anak lelaki ku dan kejadian-kejadian sebelum kelahirannya..

Alkisahnya lepas xtahan lama menunggu checkup kat klinik gomen,ak conti kat klinik swasta..Klinik TMC yg sememangnya antara klinik yg femes kat Kota Bharu...every month,every 2 weeks n sampai la every weeks ak checkup kt klinik tu dengan Dr.Suziati a.k.a Dr.Suzie...Dr Suzie tu sgt baik n berlemah lembut..ak xpyh nk tgu lama2 utk checkup..jimat masa..walaupun kna spent duit byk tiap kali checkup, at least puas hati..ak xprnah miss scan baby..tengok baby bergerak-gerak,tgk jumlah air ketuban n tgk kedudukan uri...semua tu sememangnya penting okay! duit banyak habis xpe,janji ak n baby selamat n xde masalah..tu je yg paling penting! n alhamdulillah semuanya xde masalah..cuma msa saat akhir tu dalam dilema sbb doc cakap baby dah 3.8kg!! takut baby bsar lebih 4.0kg,terpaksa ceaser sbb risiko tinggi tambah2 first baby...shockkkk!! takuttt!! nevessss!! semua ade!

Dugaan lagi...seminggu sebelum bersalin klu xclap ak...Dr.Suzie bgtau ak xblh bersalin dgn dia sbb dia dh xblh amik patient dah..dia mintak maaf...sebak pulak rasa nie..sbb ak dah mmg book nk bersalin dgn dia kat KBMC...xmau doc lain...masalahhhhh...dugaannnn sungguh...berhari2 jugak la pikir nk brsalin kat mana...bingunggg...tertekan...

2 hari sebelum bersalin, ak cirit birit n muntah...ulang alik ke tandas..pucat lesi,nak pengsan dh rasanya..xtaw kenapa sbb stahu ak,ak xde tersalah makan...disebabkan bimbang,encik hubby hantar pergi klinik...syukur la baby ok...masa tu doc cakap nk cek jalan sbb ak cakap ada sakit2 kat bawah perut...lepas cek tu doc ckap jalan dh buka 2cm,ak dah blh ke hospital ptg tu...ak cakap ok la nk blik kmas2 baju...

So,ak n encik hubby balik rest kat umah...sambil2 bingung nk pergi hospital mana...swasta or gomen? hurmmm..last2 ktorang xkemana hari tu...ak rest kat umah je..sampai la lbh kurang kul 5.30 pg ak terbangun dr tido sbb rasa sakit2 kat bwh perut..memulas2 mcm senggugut tp dlm 45 minit skali camtu la..msa tu ak dah rasa dah contraction nk bersalin...makin lama makin cepat contraction tu...so,cepat2 la bersiap nk g spital...otw nk g spital dlm kul 8.00 pg tu,tetiba lapar...sempat lg brenti mkn kt kdai tepi jalan...padahal msa tu perut tgh sakit...lbh kurang kul 9.00 camtu trus ke spital...HUSM...ak xde tanda apa2 nk bersalin,juz sakit contraction sampai la 2 jam lepas tu bru la kluar lendir+darah...ak kna admit ward hari tu...bosan giler kot sorang2 kat ward Baiduri..encik hubby balik umah kemas brg2 nk bwk prgi spital..ksian plak kt dia...tp time ni je blh mnyusahkan! hehehe...ak rilex2 je kt spital...msa rehat kul 5.00 tu encik hubby dtg bwk nasi sbb ak xslera nk mkn nasik spital..last2 hubby bawak nasik lemak ajihs...habis sebungkussss...hahaha...

Lebih kurang kul 6.30 camtu cek jalan lg..nurse cakap dh blh masuk labour room sbb dah buka 5cm...nevessss gilerr! ak mintak nk mandi jap..lepas mandi terus tolak masuk labour room...msa tu encik hubby je ade...ak xputus2 doa mintak2 smua slamat...lama jugak la menunggu jalan buka 10cm..lepas tu nurse pecahkan air ketuban n kosongkan punding kencing,xlama lepas tu ak dah rasa nk teran dah...dlm kul 10 mcm tu ak dah start teran dalam 20 minit camtu....Alhamdulillah syukur...rezeki dari Allah yg sangat2 bernilai bagi kami berdua...03 Julai 2013 tepat jam 10.20pm, ak selamat melahirkan seorang bayi lelaki berat 4.24kg...alhamdulillah...terima kasih ya Allah...semua org heran n terkejut ak lahirkan baby boy yg sgt bsar kot..sbb msa scan sblum msuk ward tu baby 3.6kg je,xsangka baby berat...biasanya klu first baby berat lebih 4.0kg dah kna operate sbb risiko tinggi..syukur alhamdulillah Allah permudahkan semuanya...terima kasih ya Allah!




TARIKH LAHIR : 03 JULAI 2013
MASA LAHIR : 10.20 MALAM
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM) KUBANG KERIAN
BERAT MASA LAHIR : 4.24 KG
JENIS KELAHIRAN : NORMAL

Khamis, 6 Jun 2013

35 weeks already!

Neves!! my baby was 35 weeks already! beberapa minggu je lg baby nak deliver..perasaan bercampur baur skarang nie...antara neves, takut n gumbira!!!

Neves and takut sebab diz is our first baby..xde pengalaman lagi..banyak sangat2 yang kena belajar..hope so semuanya selamat..hope xde la simptom2 or ape2 komplikasi masa nak deliver nanti...takut sangat2..Ya Allah,kau permudahkanlah semuanya...amin...

Happy...sebab this is our first baby...sepanjang hidup,ni la pengalaman pertama bakal bergelar papa n mama...walaupun banyak sangat dugaan semasa pregnant,ak gagahi jugak demi baby yg bakal lahir nanti...encik hubby lagi la excited! tambah2 doc cakap baby yg bakal lahir nanti baby boy...tp ak and hubby xkisah sangat baby boy or girl,yg penting semuanya selamat...tolong doakan yer!

Excited lebih ckit bila nak dapat baby nie..semua barang2 baby dah prepare...alhamdulillah...terima kasih buat semua yg banyak membantu terutama family and rakan2 yg banyak bagi pendapat..maklumlah xde pengalaman lagi...banyak jugak bantuan dari encik google...huhuhu

Semalam 05.06.2013..checkup lagi kat Klinik TMC wif Doc Suzie..alhamdulillah baby chat..yg menjadi kegusaran di hati ialah doc cakap baby besar...umur 35 minggu tp berat baby dah 3.1 kg! adakah itu normal or luar biasa?? Doc cakap lg 2 minggu kna datang checkup lg..sebab kemungkinan baby akn deliver or dipaksa deliver minggu ke 38..dats mean 2 minggu lebih awal...dats mean jugak,3 minggu lg!!!! nevessssss... ya Allah,Kau permudahkanlah semuanya....


Rabu, 22 Mei 2013

Fon berharga RM50

Salam,

Entry nie saje dihupdate untuk tatapan diri sendiri dan orang2 yg suka ambik tahu pasal ak...hahaha...first of all nak citer pasal rebate RM200 beli telefon untuk belia umur 21-30 tahun...sebelum nie kalau rebate ke ape ke ak wat xtahu je...tapi suatu hari tu hubby ak cakap dia nak beli fon murah harga RM50 je yg boleh wifi n internet..ak konfius tp nak jugakkkk tahu...ada ke fon harga RM50?? boleh cayer ke??

Actually ak ngan hubby memang gila online...xkisah la fon brand ape,murah ke mahal janji boleh internet..nak dijadikan cerita,ada kawan dia yg kenalkan rebate RM200 and fon yg harga RM50 tu..ak malas nak cakap banyak,so ak ikut je la ape yg hubby nak..mula2 dia tolong daftarkan online nama ak utk dapatkan rebate tu...then print utk cari fon...ak tertanya2 jugak,betol ke tidak ni?? bb yg ada tu dah boleh internet..tab kat rumah blh wifi..laptop pom ada..ape lg yg dia nak..hurmmm

After office hour ari tu...eh clap..ak mintak balik awal la ari tu..sbb nak g wat kad maybank yg hilang...lepas buat kad tu la hubby ajak ak cari fon tu..merata tempat la kitorang pergi..sumer abis stock sbb fon tu murah sangat...(dalam hati oh ada jugak yerrr fon RM50)..masa tu dah rasa sedikit frust kat muka hubby..ak pom pkir punya pkir tiba2 datang idea kat satu kedai besar yg kitorang xtanya lg...alhamdulillah tauke kedai tu cakap ada je stock tp up sket harga dari RM50 ke RM89...hubby setuju je sbb mmg susah nak dapat fon tu...

Akhirnya sengih sampai telinga la dia dapat fon murah tu..brand ALCATEL ONETOUCH GLORY 2S berharga RM89 (nett price ak xtaw la..sbb rebate RM200+diskaun)...kelebihan fon ni lebih kurang sama macam samsung je function..yg penting murahhhhhh...boleh online,boleh wifi,kamera pom ok,boleh mp3 n mp4...touch screen..warna putih (nanti ada masa ak upload pic)...dapat memory card 2GB free and yg paling penting internet FREE selama 3 bulan...terima kasih orang kuning! terima kasih DIGI!!! hehehe


BlackBerry ku sayang

Kali ni rasa nak citer pasal handphone BB ak tuh la..actually last year suami kesayangan hadiahkan ak fon blackberry tu sempena kehamilan ak...cheeeehhh...klu camni nak pregnant banyak2 la,slalu je dapat gift..hehe

Nak dijadikan cerita, disebabkan terlampau obses (over sgt ke ayat tu..haha) ak terinstall bermacam2 game..almaklumlah ak nie hantu game ckit...tuptup fon ak tu rosak..kerosakan yg xde la teruk sgt tp xboleh nk on sbb software failure, bateri jadi panassss..so,BB kan warranty dia 18bulan,ak ape lg bawak la fon tu pergi kedai yg hubby ak beli tu...kebetulan ak hadiahkan BB jugak kat dia selepas tu sempena dapat bonus raya..dan kebetulan beli kat kedai sama...kantoi la harga...haha...

Kebetulan masa ak bawak pergi tu minggu terakhir sebelum raya cina..cina tutup kedai seminggu kot..hampeh..budak tu cakap at least 2 hingga 3 bulan baru siap nak kena hantar KL ditambah cuti raya cina...mak oi...lama gilerrrr kot...masa tu ak dah xpikir ape dah..janji fon ak tu ok balik...ak ikut je la...

Lepas tu baru ak terfikir,nape la ak xhantar je kedai dkat rumah yg tempat hubby repair tab hari tu...(hadiah besday dr ak utk dia yg dia jahanamkan..hahaha)..hurm..benda dah lepas dah xleh nak undur balik sbb masa ak tanya lepas cuti raya cina tu,budak tu cakap fon ak dah hantar KL...kena terima hakikat la kan...dah la seksa sebab ak memang xde fon lain masa tu..terpaksa la korek balik almari yg menyimpan berpuluh nfon lama..nasib baik la ada yg boleh pakai lg..sementara fon siap,terpaksa la pakai yg tu dulu...

Minggu demi minggu xde jugak terima call dari kedai tu...haish...xboleh jadi ni..ak dah terdesak nk pakai fon..dah mereng berperang dgn fon lama yg bateri kong tuuu..ak follow up la dgn kdai tu,dia cakap xde sampai lg fon ak tu...masa tu dah dkat 2 bulan...dia cakap lg 2 hingga 3 minggu dia akan call balik...ok la,ak sabarrrrr jerrrr walaupun dalam hati nie rasa gggrrrrrrr....marah you!

Ak bersabar untuk 2 minggu,buat xtahu jeeeee...last2 ak rasa xleh tahan la lama sangat...so ak decide nk g tanya utk last..nasib baik la budak tu cakap fon ak dah sampai...fuhhhh...legaaaaa...tp dia konfius sbb no imei kat warranty card n resit xsama dengan no imei kat fon tu...(dalam hati ni..pulaakkkk...masalah2)...so, dia mintak ak 15 minit sbb tunggu bos dia sampai..ok la,ak cakap lg 15 minit ak datang balik...

15 minit lepas tu,bos dia sampai...ak jumpa sendiri la dgn bos dia..then cari punya cari n call punya call akhirnya dapat jawapan...rupanya pihak BB Centre tukar fon ak tu bagi fon baru...mula2 ak konfius jgk,bermacam soalan la ak tanya..last2 mmg confirm ak dapat ganti fon baru...yeayyyy! alhamdulillah...fon baru,dalam plastik lg...imei baru,so bbm pom baru la...hehe...alhamdulillah rezeki ibu mengandung...berkat kesabaran ak kot...and sampai sekarang fon ak xpernah rosak,dah xhang macam dulu...happyyyyyy....:D


Isnin, 22 April 2013

Hilang Sabar

15.04.2013

Ke klinik lagi hari nie..semalam dah ke klinik sebab check perut n BSP...terpaksa kena buat BSP sebab hari tu aku overweight,dipaksa minum air gula then tinggi pulak paras gula lepas minum tu...seingat ak, ak xpose malam tu seperti yg disarankan doktor sebab malam tu ada buat makan2 kat rumah...mau boleh tengok je kan..huhu..

Ok la, kat cni bukan nak citer pasal BSP aku tu..ak nak citer sal perasaan hilang sabar ak menghadapi suasana kat klinik...hampir 4 jam kena tunggu semata-mata nak review BSP yg amik masa xsampai 10 minit tu...jeng!!! gila punya sistem kat klinik gomen nie...doktor plak suka sembang2 dgn patient..ak tengok bilik doktor lain amik masa xlama utk sorang2 patient tp doc yg ak kena nie dalam sejam 2 org je kot...dkat 3 jam ak kena tunggu semata2 nk jumpa dia...stress gila2..dah la ak xbreakfast lg..sampai terketa-ketar tangan nie tahan lapar...plus rasa nak maki jeeeeee...hilang sabar terusss! grrrrrrrr..

Nasihat ak,simpan la duit banyak2 wat check up kat klinik private..xpom cari je klinik yg xramai org mcm kat kampung2...huhuhu...seb baik la ak sabar sebab nie first time preggy,so takut ada pape masalah..next time x kot...serikkk..huhu

Rabu, 3 April 2013


Assalamualaikum..
syukurrr alhamdulillah...usia perkahwinan sudah menjangkau 7 bulan pada 01.04.2013..
semoga Allah sentiasa merahmati hubungan kami dan rumahtangga kami..
sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat..
aminnnnnn...

xsabar rasanya nak tunggu kedatangan 'orang baru' dalam hidup kami..lepas nie bertiga la pulak..hehe..baby pom dah 26 weeks....alhamdulillah...




Rabu, 27 Februari 2013

Maggie Ketam

Semalam suami tercinta request nak makan maggie ketam yang homemade...slalunya makan kat kedai jer..pikir punya pikir camne nak buat nie sebab kat umah xde ketam..mana nak cari hujan2 camni..tetiba teringat kat Pasar Kg Cina yang femes kat Kelantan...nama asal Pasar Gok Kapor sebab dekat jalan Gok Kapor...ak xpasti Gok Kapor tu ape..

Then lepas balik dari keje n amik adik2 ipar dari skolah, kitorang terus ke pasar tu..ak x turun dari kete sebab hujan,hubby turun sorang2 je cari barang nak buat maggie ketam tu...sampai je kat umah ak terus smayang asar n basuh ketam2 tu...sekilo RM25,boleh la dalam 5 ekor ketam yang biasa tu..nak cari ketam nipah bukan senang tambah2 dah petang camni...

So, ni ak kasi ak punya resepi yang sangat2 simple..macam resepi maggie orang2 bujang plus pemalas macam ak nie....hehehe

RESEPI MAGGIE KETAM SIMPLE MSNAS (HOMEMADE)

Bahan-bahan

-Bawang putih
-Bawang besar (dihiris)
-Halia
-Sedikit Minyak
-3 ekor ketam (dibasuh n potong 2 sebab blh makan ramai2..hehe)
-Isi ayam (blh jugak masukkan udang n sotong klu rajin) 
-Sayur (sawi or kobis)
-Tomato
-Cili Merah (dihiris)
-Telor 2 biji (up to u)



Cara-cara

-Tumis bawang putih dan halia tu dulu
-Then masukkan cili dan bawang besar
-Masukkan sedikit air
-Masukkan pes maggie
-Lepas tu masukkan isi ayam, bila dah agak2 ok baru masukkan ketam
-Dah agak ketam tu masak (warna jadi merah) boleh la masukkan maggie
-Last skali masukkan sayur, tomato and telor..
-Siap!

#Simple je kan? hehehe...tu la cara orang pemalas macam ak nie..hehe..nak lagi besh taruk limau nipis sikit masa nak makan tu..yummy...

#Maggie ketam blh dibuat pelbagai variasi..ada yang taruk serbuk kari adabi or ape2 je la..ada jugak yang masukkan maggie dulu baru masukkan ketam (ak xsuka cara nie sebab nanti maggie akan bengkak)

# Okayla selamat mencuba! hehehe






Air Gula oh Air Gula

Okayyy...kali nie nak citer pasal air gula..mummy2 kat luar sana mesti tahu ape itu air gula..ak dipaksa minum air gula..actually yg umur 25 tahun keatas je kena minum tapi disebabkan my mum ada sejarah diabetes,so ak disarankan minum air gula...yarkkkssss...sangat2 tak sedap okay! bayangkanla nak kena minum air gula tu segelas...dah la sebelum tu kena berpuasa dulu start 10.00 malam sampai la pagi tu..pagi2 lagi dah kena amik darah,then minum air gula..tunggu 2 jam lepas tu amik darah balik...okay la,kali nie ak nak kongsikan tentang Diabetes Kehamilan...jom baca!

Diabetes Kehamilan
Sesetengah wanita yang tidak pernah mempunyai diabetes sebelum hamil akan menderita diabetes semasa hamil. Keadaan ini dipanggil sebagai gestational diabetes’ (diabetes ketika hamil). Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.

Perubahan metabolisma dalam badan telah menyebabkan kehadiran diabetes
Pankreas kita akan menghasilkan hormon dipanggil insulin, yang mana dapat membantu gula dalam darah (glucose) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan. Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang bayi. Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin. Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu. Bagaimanapun jika persediaan pankreas adalah terhad, penghasilan insulin adalah tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat dan diabetes semasa hamil akan berlaku selepas itu.
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon. Kepada ibu-ibu yang telah menghidapi diabetes sebelum masa kehamilan bermula. Penyakit diabetes akan menjadi lebih melarat dan si ibu tersebut memerlukan lebih banyak rawatan dan ubat-ubatan.

Wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1.
Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2.
Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3.
Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4.
Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5.
Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.

Pemeriksaan dan Diagnosis:
Sesetengah wanita yang telah menghidap diabetes semasa hamil akan mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom diabetes, seperti berat badan melebihi 80kg, terdapat gula di dalam air kencing, berat badan naik mendadak dan mempunyai faktor-faktor seperti di atas. Bagaimanapun, kebanyakkan ibu-ibu yang menghidap diabetes semasa hamil  tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simtom-simtom. Oleh sebab itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian daripada rutin pemeriksaan hamil dari 24 minggu ke 28 minggu kehamilan di kebanyakkan klinik. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘glucose tolerance test (GTT)’. Ujian tersebut dilakukan seperti berikut :
1.
Anda perlu berpuasa selama 8 jam sebelum melakukan ujian tersebut.
2.
Anda akan diberikan minuman mengandungi gula sebanyak 75g.
3.
Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum anda minum air gula tersebut dan selepas 2 jam anda minum air gula tersebut.
4.
Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
5.
Jadual di bawah menunjukkan paras gula dalam darah yang normal berdasarkan sumber dari kriteria diabetes oleh World Health Organization (WHO).
Puasa
2 jam
≤ 7.0 mmol/ l
≤ 7.8 mmol/ l

Kesan Terhadap Bayi
1.
Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2.
Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3.
Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4.
Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5.
Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6.
Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung
1.
Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2.
Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3.
50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.

Rawatan
Tujuan merawat diabetes semasa hamil adalah untuk mengekalkan paras gula dalam darah adalah berkeadaan normal (≤ 7.0 mmol/ l semasa puasa). Wanita mengandung yang mempunyai diabetes semasa hamil perlu menjalankan ujian gula dalam darah untuk  menilai profil paras gula sebelum waktu sarapan (puasa), sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan 2 jam selepas makan malam. Profil paras gula perlu dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali. Anda boleh mengawal paras gula dalam darah anda seperti berikut :
1.
Pemakanan: Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, kek dan manisan. Banyakkan makan buah, sayuran dan bijirin.
2.
Senaman. Amalkan senaman ringan seperti berkebun, berenang dan berjalan. Senaman membantu mempertingkatkan keupaayan badan memproses dan menggunakan gula yang disimpan oleh badan.
3.
Ubatan: Apabila diet dan senaman tidak boleh membantu, anda perlu mengambil suntikan insulin untuk menurunkan paras gula. Jururawat akan mengajar anda bagaimana untuk memberi suntikan pada perut anda dan suntikan perlu diambil sebanyak 3 kali dalam satu hari.

Tempoh bersalin: Si ibu perlu bersalin pada masa yang lebih awal dari waktu yang dijangka apabila paras gula sukar dikawal atau komplikasi wujud seperti ‘pre-eclamsia’.

Selasa, 26 Februari 2013

Cara Meneran Semasa Bersalin

Ok la,meh sini ak nak kongsikan cara-cara nak meneran nanti nak bersalin...ak xde pengalaman sebab first baby jugak tapi ak dapat info nie dari rakan2 facebook...so sama2 la kita ingat mengingati..takutttttt...tapi harap2 semuanya dipermudahkan..insyaAllah..amin...



1. Angkat kepala dagu cecah dada.


2. Mata pandang perut 

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali) 

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat 

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.Tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. Baca bismilah, selawat 

8. Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)

Mertua dan Umrah

Alhamdulillah akhirnya keinginan mertua untuk menunaikan umrah dimakbulkan..setelah banyak dugaan yang ditempuhi sebelum mengerjakan umrah,akhirnya doa termakbul..

Sepatutnya jadual asal penerbangan kedua mertua dan seorang adik ipar mengerjakan umrah on 11.02.2013 kalau xsilap..kitorang siap ramai2 pergi hantar kat airport Pengkalan Chepa..then sampai je dorang kat sana, tiba2 jadual penerbangan ditunda tanpa notis atau pemberitahuan awal dari pihak pengurusan...bayangkanlah macamana rasa saat tu...semua ahli dalam kumpulan tu xdapat pergi...kira2 dalam 19 orang macam tu la..tapi dorang tetap tunggu kot2 flight xjadi delay...(ak pom xpasti sebab apa delay)..

Then dalam kul 9.30 mertua call dari KLIA cakap diorang xjadi berlepas ke Jeddah hari tu..tunda hari lain sehingga diberitahu..diorang akan patah balik ke KB flight kul 10.30 malam..lebih kurang kul 11.30 malam kitorang jemput diorang dari airport...kesian kan...seharian penat kat KLIA...ak pom xtaw kenapa pengurusan xberitahu awal2 tentang hal nie..at least mertua ak xbertolak lg dari KB...dengan flight MAS,bayangkan sendiri harga tiket pergi balik untuk 3 orang...hampa sangat2..

Marah punya pasal,ak dengan hubby terus ke pejabat pengurusan Tiram Travel cawangan KB hari tu...tup2 dorang tutup ofis plak hari tu...xdapat la nk tahu citer sebenar...bukan nak marah sangat tapi inform la awal2..KB-KL bukannya dekat..walaupun dengan flight, pikir la penat lelah lagi,masa lagi n tiket lagi..dah la mertua ak dah amik cuti awal2...kesian kan...ditambah malu dengan kawan2 n keluarga...tapi mertua ak sabar je...tunggu hingga tarikh sesuai untuk bertolak...

Mertua ak xputus2 contact dengan pengurusan tu...then pihak pengurusan bagi tarikh baru 19.02.2013...tapi ak tengok mertua ak tak excited macam yang first dulu..takut harapan tinggal harapan...2,3 hari sebelum tarikh tu,mertua ak call balik sebab xde dengar apa2 berita..and lastly betul jangkaan! tarikh ditunda lagi dan lagi...dan tarikh terbaru on 22.02.2013...

Alhamdulillah berkat kesabaran, jadi jugak mertua ak bertolak mengerjakan umrah...n selamat sampai di sana...

So,tinggal la ak dan suami serta 2 orang adik ipar...tanggungjawab ak ganti tempat ibu mertua bukan senang taw! oh...rindu plak dekat mertua ak tu...tiap2 hari biasanya ak memasak makan malam dengan dia,skang nie ak kena buat sorang2...kena bangun pagi 5.30 pagi lagi sebab nak sediakan breakfast untuk adik ipar,nak kena turun awal dari umah hantar diorang sekolah....biasanya mertua ak yang buat semua tu...heheheh

Apa2 pom semoga kedua mertua n adik ipar ak selamat pulang...dijangka pulang on 04 or 05.03.2013..

Iklan Penaja

MiyapiQ LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...